awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPk kutip RM9 juta sumbangan wakaf

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/12/2017
04:59 MYT
MAIPk kutip RM9 juta sumbangan wakaf
Amiruddin (dua kiri) berkata, MAIPk akan memajukan tanah-tanah wakaf yang sesuai dengan pembangunan yang boleh memberi manfaat untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Astro AWANI
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjaya mengutip RM9 juta sumbangan wakaf sejak Enakmen Wakaf (Perak) 2015 dikuatkuasakan tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Datuk Dr Amiruddin Muhamed berkata, jumlah itu termasuk RM5 juta yang disumbangkan Maybank Islamic dan RM500,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Menurutnya, hasil sumbangan itu dapat digunakan untuk membina dua blok bangunan asrama di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang akan digunakan tidak lama lagi.
“Bangunan itu boleh menempatkan 720 penuntut USAS, sekaligus mengurangkan masalah penginapan mereka,” katanya pada satu majlis di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan cek berjumlah RM964,390 kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak sebagai bayaran premium untuk pemberimilikan tanah wakaf negeri ini tahun ini.
Hadir sama Pengarah PTG Perak, Rumaizi Baharin @ Md Daud.
Amiruddin memberitahu, dengan sumbangan wakaf itu, pihak MAIPk dapat melaksanakan pelbagai pembangunan untuk manfaat umat Islam di Perak.
Beliau memberi contoh, pihaknya juga menyerahkan zakat bot kepada nelayan yang layak, di samping pembinaan sebuah pusat hemodialisis di dalam kawasan masjid di Kg Dato’ Seri Kamaruddin di Manjung bernilai RM4 juta.
Beliau menambah, pihaknya akan memajukan tanah-tanah wakaf yang sesuai dengan pembangunan yang boleh memberi manfaat untuk meningkatkan ekonomi umat Islam, seperti pembinaan pusat-pusat perniagaan yang menawarkan kadar sewa berpatutan.
Dalam pada itu, Amiruddin berkata, MAIPk juga akan melaksanakan projek pembinaan pangsapuri yang menawarkan unit kediaman pada harga RM50,000 lebih murah daripada harga pasaran di samping memperkenalkan sistem bayaran zakat secara pandu lalu.
Topic Berkaitan
#Amiruddin Muhamed
#Enakmen Wakaf
#Islam
#MAIPk
#Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
#Universiti Sultan Azlan Shah
#USAS
#wakaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan