awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP peruntuk sumbangan zakat RM1.1 juta bagi program Nur Ramadan

Bernama
Bernama
15/03/2025
21:45 MYT
MAIWP peruntuk sumbangan zakat RM1.1 juta bagi program Nur Ramadan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sumbangan zakat RM1.1 juta untuk membantu komuniti kurang bernasib baik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menerusi inisiatif Nur Ramadan 2025.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sumbangan zakat RM1.1 juta untuk membantu komuniti kurang bernasib baik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menerusi inisiatif Nur Ramadan 2025.
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu RM300,000 akan diagihkan kepada 1,500 asnaf berdaftar dan individu berpendapatan rendah di Labuan.
Menurut kenyataan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa hari ini menyampaikan bantuan RM200 kepada 300 penerima termasuk anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) serta keluarga kurang berkemampuan pada Program Nur Ramadan di Surau Annur Rahim di Kampung Sungai Buton di sini pada Sabtu.
"Surau Annur Rahim Kampung Sungai Buton turut menerima dana RM5,000 untuk menambah baik kemudahan bagi meningkatkan keselesaan para jemaah," menurut kenyataan itu.
Menurut JWP, pihaknya juga memperuntukkan RM75,000 kepada setiap Wilayah Persekutuan untuk menyediakan iftar dan moreh kepada asnaf yang menghadiri program Nur Ramadan.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#MAIWP
#Nur Ramadan
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan