awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP sedia bantuan RM15 juta bantuan modal perniagaan di bawah program "Musa'adah Tijariyyah"

Bernama
Bernama
25/03/2021
20:14 MYT
MAIWP sedia bantuan RM15 juta bantuan modal perniagaan di bawah program  "Musa'adah Tijariyyah"
MAIWP akan membantu penerima Musa'adah Tijariyyah dengan menyalurkan bantuan modal daripada dana zakat. - Foto MAIWP
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Khamis mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta sebagai bantuan modal kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata bantuan itu dinamakan sebagai Musa'adah Tijariyyah.
"Dua perkataan bahasa Arab ini (Musa'adah Tijariyyah) bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal daripada dana zakat," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat MAIWP.
Mohd Daud berkata bantuan itu adalah bertepatan dengan era pandemik COVID-19 melibatkan ramai orang hilang pekerjaan dan terjejas pendapatan.
Beliau berkata para peserta juga akan diberikan kursus asas keusahawanan yang menjadi prasyarat sebelum bantuan disalurkan supaya membolehkan mereka membuat persediaan dan perancangan baik dari sudut kewangan serta emosi sebelum memulakan perniagaan.
Beliau berkata permohonan bantuan itu yang dibuka mulai semalam hingga 5 April boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang MAIWP atau menerusi kaunter Baitulmal MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#MAIWP
#Kuala Lumpur
#Islam
#COVID-19
#pandemik
#bantuan
#perniagaan
#kursus
#Mohd Daud Bakar
#bantuan modal
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan