awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan abai 93 pekerja Bangladesh berdepan tindakan tegas

Bernama
Bernama
26/02/2024
14:45 MYT
Majikan abai 93 pekerja Bangladesh berdepan tindakan tegas
KDN dan KSM mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibawa masuk pada November 2023. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibawa masuk pada November 2023.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan bersama berkata kedua-dua kementerian telah melancarkan siasatan dan mendapati pekerja terbabit terbiar tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan mereka.
"Majikan juga dilaporkan gagal menjaga kebajikan pekerja-pekerja ini dari segi tempat tinggal dan makan minum. Mengikut rekod, majikan yang telah membawa mereka masuk pada November 2023 merupakan Syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd," menurut kenyataan berkenaan.
Kesemua mangsa yang diselamatkan dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk urusan dokumentasi sebelum dibawa mendapatkan Perintah Perlindungan Interim.
Menurut kenyataan itu, terdapat enam tindakan tegas yang akan dan sedang diambil oleh kedua-dua kementerian terhadap majikan terbabit antaranya mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] kerana kegagalan majikan menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja.
Tindakan lain ialah mengikut Akta Kerja 1955 [Akta 265] kepada majikan kerana kegagalan membayar gaji kepada pekerja, menyenaraihitamkan syarikat yang terbabit daripada menggajikan pekerja asing pada masa hadapan dan membekukan baki kuota yang diperoleh syarikat terbabit.
Selain itu, siasatan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] terhadap majikan dan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 [Akta 150] kerana majikan dipercayai memegang pasport pekerja.
"Akhir sekali, KDN dan KSM juga memberi amaran tegas kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing agar sentiasa menjaga kebajikan pekerja serta mematuhi lunas perundangan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#ksm
#majikan
#pekerja Bangladesh
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan