awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan gagal lakukan saringan terhadap pekerja asing akan dikenakan tindakan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/12/2020
13:04 MYT
Majikan gagal lakukan saringan terhadap pekerja asing akan dikenakan tindakan
Tindakan undang-undang dan penalti itu akan dikenakan bermula 1 Januari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Bermula 1 Januari 2021, tindakan undang-undang dan penalti akan dikenakan terhadap majikan yang gagal memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah tersebut kerana masih ramai majikan yang enggan memberi kerjasama memastikan pekerja asing di semua sektor membuat ujian saringan.
"Kita dapati masih ada majikan yang gagal memastikan pekerja asing mereka melakukan ujian saringan COVID-19, walaupun kita sudah keluarkan arahan berkenaan pada 1 Disember lalu," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan kapal 'non-convention ship' (NCS) memasuki perairan Sabah berkuat kuasa sehingga 15 Januari ini.
Bagaimanapun, katanya, kebenaran itu hanya terhad untuk aktiviti pemunggahan bagi penghantaran lambakan baki stok barangan sedia ada di gudang pelabuhan Sandakan dan Tawau.
"Kerajaan Sabah sebelum ini tidak membenarkan kapal NCS memasuki perairan Sabah bagi tujuan 'barter trade' dan pemunggahan sebagai langkah menyekat penularan COVID-19 di negeri itu.
"Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah memaklumkan, terdapat keperluan membenarkan pergerakan kapal NCS bagi aktiviti pemunggahan sahaja untuk penghantaran lambakan baki stok barangan sedia ada.
"Sehubungan itu, sidang khas MKN semalam bersetuju membenarkan pergerakan kapal (NCS) untuk aktiviti pemunggahan ini, yang berkuat kuasa sehingga 15 Januari 2021, bagi penghantaran lambakan baki stok barangan sedia ada di gudang di pelabuhan Sandakan dan Tawau," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#ujian saringan
#COVID-19
#majikan
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan