Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) akan bertindak tegas terhadap majikan yang culas mencarum terhadap pekerja mereka hingga menyebabkan waris keluarga gagal mendapat faedah daripada Perkeso.
Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Terengganu, Norihan Ibrahim berkata Perkeso akan mengeluarkan amaran arahan pematuhan terhadap majikan yang gagal berbuat demikian untuk kesalahan pertama.
"Jika mereka ingkar, majikan tersebut boleh didakwa atas kesalahan gagal mendaftar dan membuat caruman ke atas pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Norihan berkata tindakan tegas itu diambil bagi mengelak kejadian serupa menimpa waris mangsa kemalangan maut Mohd Sari Muda, 52, Sabtu lepas yang gagal menerima faedah Perkeso ekoran majikan mangsa gagal membuat caruman terhadap arwah.
"Setelah disiasat, Perkeso mendapati caruman terakhir yang dibuat pada arwah Mohd Sari adalah pada November 2014 yang menyebabkan keluarga arwah tidak layak untuk menerima faedah pengurusan mayat.
"Arwah Mohd Sari yang bekerja sebagai pemotong rumput kontrak dengan sebuah syarikat swasta tidak dicarum oleh majikannya semasa beliau bekerja menyebabkan anak arwah tidak layak mendapatkan kadar faedah pengurusan mayat yang sepatutnya diterima mereka," katanya.
Bagaimanapun katanya, dua anak arwah Nurulhuda Asarah Mohd Sari, 28, dan Muhammad Khairul Ridzuan Mohd Sari, 25, masih layak menerima cek faedah pengurusan mayat bernilai RM2,000 hasil caruman terhadap arwah ibu mereka, Mizah Mamat yang merupakan seorang tukang cuci di sebuah syarikat swasta.
"Pihak Perkeso telah berjaya mengesan majikan arwah yang ingkar membayar caruman dan kami akan membuat susulan kes ini bagi melayakkan kedua-dua anak ini mendapat pampasan daripada caruman arwah ayah mereka," kata Norihan.
Menurutnya lagi, tindakan pantas Skuad Prihatin Perkeso yang berjaya mencari waris pasangan tersebut bertindak menghubungi waris berkenaan dan meminta kedua-dua mereka hadir ke Pejabat Perkeso Negeri Terengganu petang tadi bagi menguruskan proses tuntutan faedah pengurusan mayat dan penyerahan cek tersebut turut diberikan pada hari yang sama.
Arwah Mohd Sari dan isterinya antara empat beranak yang maut dalam kemalangan ketika pulang daripada menghadiri kenduri perkahwinan selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di hadapan Penjara Marang pada 4 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
Perkeso akan mengeluarkan amaran arahan pematuhan terhadap majikan yang gagal berbuat demikian untuk kesalahan pertama.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.
Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.
Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.
KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.
Rakyat keluarkan wang KWSP perlu tingkat caruman, tambah simpanan untuk masa depan - Tinjauan
Tinjauan mendapati, rata-rata mereka berpendapat isu kekurangan tabungan itu boleh diatasi dengan beberapa cara selepas pandemik COVID-19 tamat.
Pemandu teksi disaran terus mencarum di bawah SKSPS - Perkeso
Mana-mana pemandu teksi yang seharusnya mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dinasihat agar kekal mencarum demi perlindungan mereka dan keluarga.