Majikan yang disyaki mendera pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao sehingga mati dalam kejadian di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada esok (Rabu).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid memaklumkan pendakwaan akan dibuat ke atas suspek warga emas berusia 60 tahun dan anak perempuannya, manakala anak lelaki dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.

Suspek warga emas akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala anak perempuannya akan dituduh di bawah Seksyen 56 (1) (d) akta imigresen 1959/63 (2002) kerana memberi perlindungan kepada warga asing.

Pada 11 Februari lepas, Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia, meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa dera majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam.

Susulan itu polis telah menahan reman tiga beranak yang juga majikannya bagi membantu siasatan.

BACA: Amah disyaki didera meninggal dunia

BACA: Dera amah: Jiran sering dengar jeritan, diberi amaran jaga hal sendiri

Nik Roz Azhan berkata, turut akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu, bapa kandung bayi 46 hari yang maut dipercayai didera ahli keluarga.

Suspek berusia 22 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan manakala ibu kandung bayi malang itu pula dibebaskan.

Menurutnya, keputusan pendakwaan dibuat selepas pihak Peguam Negara berpuas hati dengan laporan siasatan kedua-dua kes yang dikemukakan polis pada Selasa.

Manakala pada 14 Februari, seorang bayi berusia 46 hari meninggal dunia juga dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan bapa kandungnya selepas mengalami kecederaan teruk termasuk pendarahan dalam kepala serta otak termasuk di bahagian kemaluan.

BACA: Bayi berusia 46 hari meninggal dunia disyaki didera

BACA: Bayi perempuan 46 hari meninggal dunia turut digigit di pipi dan badan

BACA: Selain kemaluan cedera, bayi 46 hari 'makan' lantai, dinding dan pintu

Terdapat beberapa kesan gigitan dan badan mangsa yang turut mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, lengan kanan dan peha kiri.

Polis kemudiannya menahan reman ibu dan bapanya selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.