JOHOR BAHRU:Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer) Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Suhaila Abdul Shukor berkata perkara itu penting kerana makluman awal dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan pantas dalam usaha mengekang penularan wabak itu.
"Majikan termasuk pengusaha kilang perlu memainkan peranan penting dalam memberitahu kes-kes positif kepada Bilik Gerakan PKD terdekat," katanya semasa menjadi panelis program CAC: Kepentingan Dalam Pengurusan COVID-19 yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi JKNJ hari ini.
Beliau berkata selepas dimaklumkan, Bilik Gerakan PKD akan membuat susun atur dan penyelarasan untuk pergi ke syarikat atau kilang berkenaan, dan pihaknya boleh menggerakkan pasukan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bergerak untuk ke lokasi.
Menurutnya CAC Bergerak disediakan di setiap daerah negeri ini sebagai tambahan kepada CAC statik yang diwujudkan di klinik kesihatan, dewan atau mana-mana kawasan yang telah dipilih.
"Kita wujudkan 'Mobile CAC' ini bagi kluster-kluster industri yang melibatkan kilang, industri besar dan sebagainya kerana secara praktikal ia (pelaksanaannya) agak susah. Kalau satu kilang itu ada 50 orang positif datang naik bas beramai dan berkumpul di CAC statik, kita akan ada masalah di situ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

CAC Bergerak disediakan di setiap daerah negeri Johor sebagai tambahan kepada CAC statik yang diwujudkan di klinik kesihatan, dewan atau mana-mana kawasan yang telah dipilih. - KKM
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan UMNO-Bersatu: Setiausaha Agung akan umumkan - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Iklan vaksin COVID-19 dalam talian dikenal pasti sebagai palsu
Kerajaan dengan kerjasama Interpol sedang memantau sindiket penjualan vaksin palsu secara dalam talian - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Federal Court rules political party cannot sue individuals for defamation
The Federal Court seven-member bench has ruled that political parties cannot sue individuals for defamation.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.

Jumlah kematian kini 1,153 kes, berikut tumpuan sidang media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 Mac.

Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.

Tumpuan AWANI 7:45 - Risiko jerebu | Pemandu positif dadah
Hampir semua negeri catat peningkatan kes kebakaran terbuka, ketika cuaca panas dan kering dijangka sehingga April & Pemandu treler terlibat kemalangan hingga sebabkan perancah besi dalam pembinaan Lebuh Raya SUKE runtuh didapati positif dadah. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Jumlah kematian kini 1,153 kes, berikut tumpuan sidang media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 Mac.

Jual vaksin COVID-19: Jangan percaya! - Ismail Sabri
Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin COVID-19 termasuk secara dalam talian.

Piala Sumbangsih: PM ucap selamat maju jaya kepada JDT, KDA FC
Muhyiddin turut mengucapkan selamat kepada semua pasukan yang terbabit dalam Liga Super dan Liga Perdana yang akan bermula Sabtu ini.

Bank Negara kekalkan OPR pada 1.75 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.

Polis terima dua laporan penipuan penjualan vaksin COVID-19
Terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.

Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion
Ia peningkatan lebih RM1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan susulan kesan pandemik COVID-19.

Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi
Kedua-dua cek berkenaan diserahkan Pengarah DTSB Chew Ben Ben kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya

Kesemua 82 ADUN di Sarawak akan terima suntikan vaksin Phizer BioNTech
Kesemua ADUN akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bergantung kepada pelaksaan program tersebut di bahagian masing-masing.