awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU akan kenakan sekatan ke atas 40 lagi kapal "armada bayangan"- Diplomat Utama EU

Bernama
Bernama
15/12/2025
13:45 MYT
EU akan kenakan sekatan ke atas 40 lagi kapal "armada bayangan"- Diplomat Utama EU
Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan sekatan ke atas kira-kira 40 lagi kapal yang digunakan untuk mengelakkan penalti yang dikenakan ke atas Rusia susulan perang di Ukraine. - Foto hiasan/REUTERS
BRUSSELS: Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan sekatan ke atas kira-kira 40 lagi kapal yang digunakan untuk mengelakkan penalti yang dikenakan ke atas Rusia susulan perang di Ukraine, kata Ketua Hal Ehwal Luar EU Kaja Kallas, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Mengenakan sekatan ke atas lebih banyak kapal daripada apa yang dikenali sebagai armada bayangan bermakna "melemahkan Rusia daripada keupayaan untuk membiayai perang ini," kata Kallas pada Isnin di Brussels.
Semua kapal yang baharu disenaraihitamkan itu akan dilarang memasuki pelabuhan Eropah dan tidak dibenarkan mendapatkan perlindungan insurans. Sekatan lain seperti pembekuan aset turut dirancang terhadap pihak yang menyokong operasi armada bayangan berkenaan.
Selain itu, blok berkenaan merancang untuk memulakan rundingan dengan negara yang berada di bawah bendera pendaftaran kapal-kapal itu, bagi mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan pasukan tentera laut EU memeriksa kapal tangki terbabit.
Armada bayangan merupakan tindak balas Rusia terhadap had harga minyak antarabangsa yang dikenakan ke atas eksport bahan api fosil Rusia.
Moscow didakwa cuba menyembunyikan dari mana minyaknya diperoleh menggunakan pelbagai kaedah seperti mematikan atau memanipulasi transponder satelit atau memindahkan minyak antara kapal tangki di laut lepas.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah EU
#sekatan
#armada bayangan
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan