PUTRAJAYA: Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu dicapai secara bersama antara majikan dan pekerja menerusi prosiding tuntutan buruh asing itu pada Isnin lalu.
"Kementerian menegaskan bahawa pekerja yang dibawa masuk dan tidak diberikan pekerjaan masih menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar gaji pekerja sepertimana yang ditegaskan oleh Menteri Sumber Manusia pada 16 Januari lalu," katanya pada Khamis.
Ujar kementerian itu, pihak syarikat juga akan menempatkan pekerja-pekerja tersebut kepada majikan baharu melalui Proses Pertukaran Majikan (PTM) Khas yang akan dibantu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
"Kejayaan prosiding ini menjadi satu ‘landmark case’ yang akan menjadi rujukan dalam kes buruh selepas ini kerana ia melibatkan pekerja asing yang dibawa masuk secara sah tetapi diabaikan dan tidak diberikan pekerjaan sebaik tiba ke negara ini," kata KSM.
Menurutnya, majikan yang didapati bersalah akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa dan baki kuota pekerja asing akan dibatalkan.
"KSM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar perundangan perburuhan dan akan sentiasa memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjamin," jelas kementerian itu.
Terdahulu KSM memaklumkan tuntutan tersebut melibatkan bayaran gaji yang belum dibayar sejak pekerja dibawa masuk ke dalam negara dan mereka juga tidak diberi pekerjaan seperti dijanjikan.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan dianggarkan 2,500 pekerja asing yang ditipu syarikat serta ejen pekerjaan kini berada di Pengerang.
Ia susulan laporan media mengenai ratusan warga Bangladesh yang berjalan kaki beramai-ramai di Pengerang selepas didakwa ditipu ejen pekerjaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Ratusan warga asing Bangladesh dikesan berjalan kaki di Teluk Ramunia Bayu Damai, di Pengerang, baru-baru ini. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang disenarai hitam
Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan.