awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2025
23:10 MYT
Majlis Belia cadang gaji permulaan graduan ijazah RM3,500 dikaji kerajaan
Syafiq turut menegur budaya ganjaran peribadi atau self reward yang disifatkannya boleh merencatkan proses teroka kebolehan diri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan menetapkan gaji permulaan bagi graduan ijazah antara RM3,000 dan RM3,500.
Ketua Penerangan MBM Syafiq Ridzwan Jamaluddin berpendapat, nilai tersebut lebih munasabah berbanding dasar gaji minimum sebanyak RM1,700 yang berkuat kuasa 1 Feb lalu.
“Kalau boleh, kerajaan menekankan gaji untuk para graduan ijazah dengan tangga gaji permulaan sebanyak RM3,000 ataupun RM3,500.
“Saya rasa itu lebih munasabah berbanding RM1,700 gaji minima,” katanya semasa program Dialog Anak Muda: Sorotan 2025: Soal Gaji, Kesihatan Mental dan Cabaran AI di Astro AWANI pada Jumaat.
Dialog Anak Muda: Sorotan 2025 | Soal gaji, kesihatan mental dan cabaran AI
Syafiq turut menegaskan, MBM sentiasa komited ke arah dasar gaji bermaruah yang setimpal dengan kelayakan golongan muda.
“Setimpal dengan kebolehan orang muda dan setimpal dengan bukan gaya hidup, tetapi keperluan untuk hidup,” katanya.
Namun Syafiq turut menegur budaya ganjaran peribadi yang disifatkannya boleh merencatkan proses teroka kebolehan diri.
“Anda perlu berusaha untuk diri sendiri, bukan sahaja untuk self reward, tetapi juga untuk memajukan dan membangunkan diri.
“Daripada situ anda akan meningkatkan taraf hidup, bukan sahaja dari segi ekonomi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Belia
#gaji minimum
#majlis belia malaysia
#Syafiq Ridzwan Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan