awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed

Bernama
Bernama
16/02/2021
20:18 MYT
Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Mustapa berkata setiap kluster dalam majlis tersebut akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan bagi memastikan kerajaan dapat mencapai hasratnya menyediakan infrastruktur serta akses internet kepada rakyat Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Majlis Ekonomi Digital di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) dibentuk untuk menyelaras dasar berkaitan ekonomi digital yang membabitkan pelbagai kementerian dan agensi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata adalah wajar bagi EPU sebagai agensi persekutuan yang bertanggungjawab dalam merancang pembangunan ekonomi Malaysia untuk jangka sederhana dan panjang, membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.
"Sebelum ini, banyak jawatankuasa telah dibentuk jadi sekarang hanya ada satu majlis kerana pendigitalan merentasi banyak sektor dan bidang.
"Majlis ini merangkumi enam kluster seperti bakat digital, infrastruktur digital, teknologi baharu, ekonomi halal, komuniti dan kerajaan," katanya pada 'Bicara Naratif' TV1 yang bertajuk "Digital Asas Ekonomi Masa Depan".
Majlis Ekonomi Digital yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyaksikan pelancaran 'MyDigital-Blueprint Digital Economy Malaysia' pada Jumaat ini.
BACA: PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' Jumaat ini
Sementara itu, Mustapa berkata setiap kluster dalam majlis tersebut akan dipengerusikan oleh menteri berkaitan, dengan objektif tertentu bagi memastikan kerajaan dapat mencapai hasratnya untuk menyediakan infrastruktur serta akses internet kepada rakyat Malaysia.
Antara sasaran yang ditetapkan dalam rangka tindakan itu adalah akses kepada pembelajaran dalam talian untuk setiap pelajar; meningkatkan celik digital rakyat termasuk penggunaan digital bagi perniagaan mikro, kecil dan sederhana.
BACA: Pangkalan data digital media, seragamkan kandungan digital PdPR
Inisiatif yang akan diperkenalkan itu didasarkan kepada asas sedia ada tetapi dengan penekanan baharu.
"Rangka kerja ini akan mempunyai tiga fasa iaitu pendek, sederhana dan panjang (10 tahun). Butiran lanjut bagaimanapun akan diketahui Jumaat ini," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#ekonomi
#kerajaan
#Majlis Ekonomi Digital
#ekonomi digital
#Unit Perancang Ekonomi
#UPE
#dasar
#penyelarasan
#pendigitalan
#Infrastruktur
#akses internet
#celik digital
#pembelajaran dalam talian
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan