KUALA LUMPUR: Penganjuran Majlis Ilmu MADANI seperti yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam perlu berterusan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, program ilmu seperti itu juga perlu terus digalakkan bagi melahirkan masyarakat MADANI yang menjadi asas kepada pembentukkan negara sejahtera dan aman.
"Perkara ini sejajar dengan kehendak atau hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mahu membina masyarakat MADANI itu. Bagaimana kita mahu membina satu negara yang baik, yang mendapat keampunan Allah, sekiranya masyarakatnya bukan daripada kalangan orang yang berilmu?
"Kita boleh lihat sendiri, majlis-majlis ilmu sebegini sering kali diadakan oleh beliau (Anwar) tidak kira di Seri Perdana, masjid atau sura, kesannya melahirkan masyarakat berilmu.
"Namun apa yang lebih penting Perdana Menteri sebutkan adalah masyarkat yang ada adab dan akhlak," katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran buku 'Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara' di sini hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi mencadangkan supaya Majlis Ilmu MADANI diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan impaknya lebih menyeluruh.
Katanya jika program itu diadakan di setiap negeri ia memudahkan orang ramai untuk menyertai dan seterusnya dapat memahami gagasan MADANI sebagai elemen utama menerapkan sifat ihsan, amanah dan nilai murni dalam mengangkat martabat hidup rakyat di negara ini.
"Perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia mengenai MADANI dalam konteks semasa. Saya kira majlis-majlis ilmu MADANI ini bukan sahaja diadakan di Seri Perdana tetapi juga diperingkat negeri, agensi, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta kerana aktiviti seperti ini memang memberikan impak positif kepada rakyat," katanya.
Semalam, lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya.
Pada majlis itu, dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz berkongsi ilmu dengan para hadirin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI seperti yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam perlu berterusan kerana ia dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan. - BERNAMA
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS menerusi syarikat telco terkemuka kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau
Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.