Majlis kenduri kahwin Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, anggota polis yang terbunuh dirempuh penjenayah baru-baru ini, yang sepatutnya berlangsung hari ini telah bertukar menjadi kenduri tahlil.
Sayu dan hiba riak wajah tunang Mohd Azuan, Nur Faizah Muhammad Rejab, 22, ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan yang telah dilakukan bagi meraikan hari bahagianya.
Segala tempahan kelengkapan perkahwinan termasuk pakaian dan pelamin telah dibatalkan di saat-saat akhir selepas Nur Faizah mengetahui tentang kejadian yang menimpa Mohd Azuan.
Malah, pihak butik berkenaan turut bermurah hati dengan memulangkan kembali bayaran yang telah dilangsaikan Nur Faizah.
Namun, dia turut mengakui sukar baginya melelapkan mata dek terlalu rindukan arwah yang disifatkan sebagai seorang yang penyayang dan baik hati selain sentiasa mengambil berat akan dirinya.
Nur Faizah berkata, terlalu banyak kenangan yang pernah dilalui bersama arwah serta dia langsung tidak menduga begini pengakhiran cinta yang disulam sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana ibu bapa dan adik-beradiknya sentiasa berada di sisi untuk memberi perangsang dan kata-kata semangat untuk dia terus tabah bagi menghadapi ujian ini.
"Tiada apa-apa yang perlu dibuat sebab semua sudah tiada. Atas sokongan adik-beradik dan kawan-kawan, kita harus tabahkan hari. Kalau saya terus menangis, bukannya arwah boleh kembali. Sudah takdir dia macam itu. Nak buat macam mana?
"Mungkin ada hikmahnya. Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat dilupakan," tambah Nur Faizah.
Sementara itu, Astro AWANI sempat menemubual Mohd Aizam Abdullah, abang kepada Allahyarham Mohd Azuan yang dilihat turut hadir bersama-sama ahli keluarga serta rakan-rakan arwah di majlis tahlil berkenaan.
Dikhabarkan, mereka menunaikan hasrat arwah yang mahukan sepuluh buah kenderaan berkonvoi dari Johor ke majlis perkahwinannya yang diadakan di rumah Nur Faizah di Kedah.
Menurut Mohd Aizam, sebelum ini arwah dan Nur Faizah telah merancang untuk bersama-sama menetap di Kuala Kurau, Perak selepas majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Namun, hasrat arwah itu tidak tertunai malah lebih menyedihkan apabila segala persiapan termasuk perabot dan beberapa perkakasan hiasan sudah tersedia di rumah berkenaan.
"Barang di rumah beliau sudah dipesan, cuma belum sampai. Arwah ada juga beli bunga-bunga sebagai hiasan dan juga barang-barang lain. Biasalah, orang hendak kahwin, dia begitu gembira," kata Mohd Nizam.
Difahamkan, kenduri kahwin di sebelah pihak Mohd Azuan akan diadakan serentak dengan adik bongsunya yang dijangka berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di Johor.
Bagaimanapun, keputusan itu masih lagi dalam perancangan berikutan tiada persiapan yang dilakukan oleh pihak lelaki sehingga kini.
Dalam kejadian kira-kira 1.15 petang pada 26 Mei lalu, Allahyarham Mohd Azuan terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, Perak.
Astro Awani
Sun Jun 01 2014
SAYU: Nur Faizah akui terlalu banyak kenangan bersama arwah
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
Peniaga nafi terlibat kes kematian anggota polis
Azhar Ramli dan Mohd Nizam Ali Hassan nafi terlibat dalam kes kematian Lans Koperal Mohd Azuan walaupun gambar mereka terus tersebar di media sosial.
Majlis kahwin Mohd Azuan bertukar menjadi tahlil
Tunang pegawai polis yang mati dirempuh kereta penjenayah bulan lalu, Nur Faizah Muhammad Rejab, berkata baju pengantin yang disewa telah pun dipulangkan.
Bukit Aman tubuh pasukan khas buru pembunuh L/Kpl Azuan
Bukit Aman menubuhkan pasukan khas memburu penjenayah yang terbabit dalam kematian anggota URB Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah.
Lans Koperal Mohd Azuan contoh polis yang berani dan gigih
Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut dirempuh oleh penjenayah disifatkan sebagai seorang anggota polis yang berani dan gigih.