awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2020
04:29 MYT
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis itu akan dipengerusikan beliau dan dianggotai oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta tokoh-tokoh Perniagaan Bumiputera.
"MKB akan bertindak sebagai platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi bumiputera. Penubuhan Majlis ini juga adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepat pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui usaha-usaha peningkatan kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program," kata beliau sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Razali Idris di Dewan Negara pada Ahad.
Kerajaan ujar beliau sentiasa komited untuk terus memperkasa agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.
"Ini kerana kita mendapati bahawa meskipun pelbagai usaha telah dilakukan dan kejayaan dicapai, namun, kedudukan sosioekonomi Bumiputera masih perlu dilonjakkan," tambah beliau.
Jelas beliau lagi, secara perbandingan, tahap kemiskinan Bumiputera adalah sebanyak 7.2 peratus pada tahun 2019 berbanding kaum lain.
Manakala, kadar pengangguran Bumiputera bagi suku kedua tahun 2020, adalah sebanyak 5.2 peratus, berbanding Purata Nasional sebanyak 5.1 peratus.
"Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula cuma berada pada tahap 16.2 peratus pada tahun 2015 berbanding bukan Bumiputera sebanyak 30.7 peratus dan pegangan asing sebanyak 45.3 peratus," ujar beliau lagi.
Justeru kata beliau, bagi memastikan Majlis ini mencapai objektif penubuhannya, ia akan didukung oleh Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan Jawatankuasa Kerja yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Kedua-dua Jawatankuasa itu akan bersidang secara berkala serta melibatkan semua agensi pelaksana berkaitan.
Jawatankuasa Pemandu Majlis telah bersidang buat kali yang pertama pada 11 Ogos 2020.
"TERAJU telah diberi mandat sebagai Agensi Penyelaras Utama bagi intervensi strategik, inisiatif dan program Pembangunan sosioekonomi Bumiputera, serta pembangunan pangkalan data Bumiputera, yang merentasi kesemua Kementerian, Agensi dan GLC. Kerajaan akan memperkemas dan menambahbaik pangkalan data berpusat Bumiputera bagi mengumpul maklumat terkini, lengkap dan berkualiti bagi perancangan dasar dan intervensi strategik yang akan dipacu oleh Majlis Kemakmuran Bumiputera ini," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pencapaian Kementerian-Kementerian, Agensi-Agensi dan GLC-GLC dalam menggerakkan agenda pemerkasaan Bumiputera akan dipantau dan dinilai melalui satu rangka kerja Key Perfomance Indicator (KPI) yang bakal melibatkan semua ketua agensi berkaitan.
Topic Berkaitan
#2015
#agenda
#Bumiputera
#Dewan Negara
#ekonomi
#GLC
#kerajaan
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan