awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan

Nailah Huda
Nailah Huda
06/10/2022
11:17 MYT
Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet mingguan di Istana Negara pada Khamis.
Menurut muat naik Istana Negara di Facebook, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.
“Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut catatan tersebut.
Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa soal pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan dalam majlis menghadap itu sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal.
Ismail Sabri dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 4.45 petang selepas kurang sejam menghadap Agong.
Kira-kira 100 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara seawal pukul 7.30 pagi berikutan spekulasi kuat yang mengatakan Perdana Menteri akan menghadap Agong bagi menasihatkan tarikh pembubaran Parlimen.
Awal pagi Khamis, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang, Selangor.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#pembubaran Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan