awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
[KOLUMNIS] Teras lakar semula pembangunan negara bermula, harapan rakyat tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Peguam: Penahanan tutup ruang demokrasi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
24/05/2013
10:46 MYT
Majlis Peguam: Penahanan tutup ruang demokrasi
Majlis Peguam berkata tindakan kerajaan menahan tokoh dan aktivis pembangkang serta merampas akhbar-akhbar milik pembangkang adalah ibarat menutup ruang demokrasi di negara ini.
Pengerusinya Christopher Leong juga mengutuk perbuatan menggunakan Akta Hasutan 1948, yang beliau labelkan sebagai ketinggalan zaman.
Leong berkata penggunaan akta itu secara berterusan, bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkannya dan menggantikannya dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Leong turut mengutuk ‘pendakwaan berpilih’ oleh pihak berkuasa apabila didakwa tidak menggunakan akta itu ke atas individu seperti Ibrahim Ali, Ridhuan Tee Abdullah dan Zulkifli Noordin yang sebelum ini pernah menuturkan perkataan berbaur hasutan.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menarik balik pertuduhan terhadap Adam Adli, dan tidak mendakwa Tian Chua, Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim dan 18 individu lain yang ditahan.
“Kami menggesa kerajaan untuk menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Leong juga mengingatkan kerajaan bahawa untuk menggalakkan demokrasi yang lebih baik, ia harus mengalu-alukan kepelbagaian pendapat dan bukannya menutup ruang demokrasi.
Untuk membaca artikel penuh Leong, sila klik di sini.
Topic Berkaitan
#Akta Hasutan 1948
#christopher leong
#Majlis Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan