awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib

Bernama
Bernama
03/01/2025
20:30 MYT
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Peguam Zainur Zakaria, yang mewakili Majls Peguam memberitahu Bernama bahawa notis rayuan tersebut difailkan pada 3 Dis tahun lepas.
Pada 11 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid (kini Hakim Mahkamah Rayuan), berkata bahawa permohonan itu di luar bidang kuasa mahkamah dan remeh, kerana beliau berpendapat bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan adalah sebahagian daripada proses bersepadu yang membawa kepada pemberian pengampunan oleh YDPA.
Pada 26 April lepas, Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta Najib sebagai responden.
Majlis Peguam memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Jan lepas berhubung permohonan Najib untuk mengurangkan separuh daripada hukuman penjaranya, yang menyaksikan beliau dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.
Badan itu juga memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan denda Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.
Najib, 71, telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Beliau memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022, yang menyaksikan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#SRC International
#Majlis Peguam
#YDPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan