awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
14/03/2015
03:19 MYT
Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar
Injunksi yang difailkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima injunksi menghalang Majlis itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di dalam Mesyuarat Agung tahunannya yang ke 69.
Beliau berkata pihaknya tidak akan membentangkan usul itu.
"Kami telah menerima injunksi itu. Kami akur dengan terma-terma itu. Kami tidak akan membentangkan usul itu," katanya kepada pemberita apabila ditemui sebelum mesyuarat itu bermula di Hotel Renaissance di sini, hari ini.
Injunksi yang difailkan Muhammad Shafee itu adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.
Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.
Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee.
Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman.
Topic Berkaitan
#Majlis Peguam
#mesyuarat agung
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan