awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
Presiden Abbas harap 2026 bawa kemajuan penyelesaian konflik Palestin
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis penasihat transformasi ditubuh untuk pertingkat keyakinan terhadap SPRM

Bernama
Bernama
08/06/2013
13:10 MYT
Majlis penasihat transformasi ditubuh untuk pertingkat keyakinan terhadap SPRM
Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah majlis penasihat transformasi dalam usaha mempertingkat persepsi dan keyakinan orang ramai terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata anggotanya terdiri daripada tokoh antarabangsa yang bakal mendapatkan pandangan serta input bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan SPRM dalam menjalankan fungsi sebagai agensi memerangi gejala rasuah.
Beliau berkata penubuhan majlis itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kita bersetuju SPRM telah dan sedang menjalankan fungsinya dengan baik dan secara profesional, tetapi kita juga menerima hakikat bahawa masih ada sebahagian kecil pihak yang mempunyai persepsi yang tidak jelas tentang perjalanan SPRM.
"Justeru, kerajaan bersetuju mengadakan majlis ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Low berkata langkah itu juga selaras dengan komitmen kerajaan dalam Manifesto Barisan Nasional yang diumum April lepas untuk terus memberi keutamaan kepada usaha memerangi rasuah.
Beliau juga berkata kerajaan menghormati pandangan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) agar SPRM diletak di bawah Jawatankuasa Bebas Parlimen selain menukar namanya kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Buat masa sekarang, kebebasan dan profesionalisme SPRM sedia terjamin dengan adanya lima panel dan jawatankuasa termasuk PPPR sendiri.
"Lima panel dan jawatankuasa ini sudah berfungsi sejak Januari 2009," katanya.
Topic Berkaitan
#majlis penasihat transformasi
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan