PUTRAJAYA: Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius, demikian menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Pengarah NPRA Dr Roshayati Mohamad Sani berkata tujuh daripada 207 laporan AEFI yang diterima sehingga 18 Mac itu adalah serius, dengan enam daripadanya memerlukan kemasukan ke wad untuk rawatan serta pemantauan lanjut dan kesemuanya kini telah didiscaj.
Satu lagi kes melibatkan laporan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dan masih dalam siasatan lanjut dan hubung kait antara kes kematian dan vaksin belum ditentukan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setakat 18 Mac lepas, sebanyak 1,239,194 dos vaksin telah diberikan bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun melibatkan vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (Pfizer-BioNTech) dan vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell) Inactivated.
Dr Roshayati berkata kadar pelaporan AEFI dalam kalangan penerima vaksin golongan kanak-kanak lima hingga 11 tahun di Malaysia adalah 0.2 laporan bagi setiap 1,000 dos.
Kadar pelaporan itu adalah setara dengan kadar pelaporan AEFI yang diterima bagi golongan sama di negara lain seperti Kanada iaitu 0.15 laporan bagi setiap 1,000 dos dan Australia iaitu 0.6 laporan bagi setiap 1,000 dos, katanya.
"Kesan advers yang paling kerap dilaporkan adalah kesan ringan seperti sakit, bengkak, merah dan kegatalan pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan,' katanya.
Beliau berkata secara keseluruhannya, trend pelaporan AEFI di dalam golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima oleh NPRA tidak jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh negara-negara rujukan regulatori yang lain.
"Tiada isu keselamatan yang dikesan di peringkat tempatan dan global susulan penggunaan vaksin COVID-19 di dalam golongan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Hanya 31 kes AEFI penerima vaksin COVID-19 kanak-kanak setakat ini
Jumlah itu merupakan daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sehingga 2 Ogos lepas.
AEFI: JFK dapati tiada hubung kait kematian dengan dos penggalak
Penilaian terhadap 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan dan mendapati kes-kes kematian terlibat tiada hubung kait dengan vaksin dos penggalak COVID-19 yang diterima.
25 laporan AEFI libat kematian tiada kaitan dengan dos penggalak
25 laporan itu adalah daripada 56 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima NPRA bagi dilakukan penyiasatan dan penilaian.
Majoriti AEFI golongan kanak-kanak tidak serius - NPRA
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).
Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin - Dr Musa
Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
AEFI: 22 daripada 45 laporan kematian tiada kaitan dos penggalak
Rumusan terhadap 22 kematian itu telah dinilai Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) manakala 23 laporan kematian lagi sedang dalam proses untuk dilengkapkan.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
PICKids: Kadar laporan AEFI 0.1 bagi setiap 1,000 dos - NPRA
Kadar pelaporan AEFI bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang mendapat suntikan vaksin melalui PICKids direkodkan pada 0.1 laporan bagi setiap 1,000 dos.