awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti rakyat mahu PKP diperketatkan lagi - Kaji selidik

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
28/01/2021
12:12 MYT
Majoriti rakyat mahu PKP diperketatkan lagi - Kaji selidik
Kaji selidik yang dilakukan Astro AWANI mendapati sejumlah 57.1 peratus bersetuju dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR:Majoriti rakyat Malaysia bersetuju agar kerajaan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19.
Dapatan itu adalah berdasarkan kaji selidik Astro AWANI yang mendapati sejumlah 57.1 peratus bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.
Sebanyak 25,939 responden senada agar kawalan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu PKP itu diperketatkan lagi.
BACA: Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP
Sementara itu, seramai 8,645 atau19 peratus responden berpendapat, merehatkan sektor berisiko sebagai keputusan terbaik.
Namun, ada juga berpandangan bahawa Malaysia seharusnya meneruskan sahaja pelaksanaan PKP yang sedia ada apabila 6,992 atau 15.4 peratus yang berpendapat sedemikian.
Dalam kaji selidik itu, Astro AWANI turut mendapati seramai 3,835 responden atau 8.4 peratus menyatakan rasa tidak peduli tentang cadangan langkah itu dalam melandaikan jangkitan baharu dalam negara ketika ini.
Berdasarkan daripada tinjauan tersebut, seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu.
Seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu.
Seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu.
BACA: PKP 2.0: Semua aktiviti perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam - Ismail Sabri
BACA: Pihak berkuasa diarah guna budi bicara benar penduduk rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Pelaksanaan PKP
#rakyat Malaysia
#SOP
#kerajaan
#rakyat
#media sosial
#COVID-19
#Malaysia
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan