awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan

Bernama
Bernama
24/07/2024
11:30 MYT
Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Palo Alto Networks berkata kerjasama antara pasukan IT dan OT perlu diperkukuh untuk memastikan pendekatan bersepadu dalam keselamatan siber. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan, demikian menurut laporan daripada syarikat keselamatan siber global Palo Alto Networks.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan laporan "Keadaan Keselamatan Teknologi Operasi (OT): Panduan Komprehensif Trend, Risiko dan Ketahanan Siber" yang dikeluarkan baru-baru ini, satu perempat daripada organisasi Malaysia terpaksa menutup operasi industri pada 2023 disebabkan oleh serangan siber.
Laporan itu membuat kajian terhadap 1,979 ketua perniagaan teknologi maklumat (IT) dan OT di 23 negara di seluruh dunia, termasuk 51 pemimpin perniagaan di Malaysia, untuk memahami trend, risiko, dan strategi ketahanan siber dalam persekitaran OT.
Justeru, Palo Alto Networks berkata kerjasama antara pasukan IT dan OT perlu diperkukuh untuk memastikan pendekatan bersepadu dalam keselamatan siber.
Menurut laporan berkenaan, 68.6 peratus responden menyatakan hubungan antara OT dan IT bersifat terpisah atau pada kadar yang kecil.
"Perbezaan itu disebabkan oleh peranan kedua-dua pasukan tersebut pada masa lepas dengan IT secara tradisinya bertanggungjawab terhadap keselamatan keseluruhan syarikat manakala OT menumpu kepada operasi industri," katanya.
Syarikat itu juga mencadangkan pendekatan diterajui Kecerdasan Buatan (AI) diberi tumpuan utama dalam pertahanan, yang akan menyediakan keupayaan terbaik untuk menganalisis jumlah data yang besar dengan pantas, serta mengenal pasti corak yang menunjukkan ancaman yang bakal berlaku, bahkan sebelum serangan berlaku.
Pengurus Negara Palo Alto Networks bagi Malaysia Sarene Lee berkata untuk memerangi ancaman siber yang canggih, syarikat juga perlu melindungi infrastruktur awan mereka dan mewujudkan dasar meningkatkan keselamatan bagi memastikan akses dilindungi dengan baik.
"Dengan melaksanakan perlindungan ini, sektor perindustrian kita dapat melindungi asetnya dengan lebih baik lagi dan memastikan kesinambungan operasi apabila berdepan ancaman siber," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan siber
#Malaysia
#syarikat Malaysia
#syarikat keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan