awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan ternakan penting bagi kemampanan industri ternakan global - MARDI

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2023
13:36 MYT
Makanan ternakan penting bagi kemampanan industri ternakan global - MARDI
Azman (enam dari kiri) bergambar bersama penternak ayam saga semasa Persidangan Antarabangsa Pemakanan Haiwan Ternakan - Gambar MARDI
KUALA LUMPUR: Makanan ternakan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemampanan industri ternakan global, kata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Dr Azman Ismail berpandangan, prestasi ternakan yang optimum mesti dicapai dalam usaha memenuhi permintaan global untuk daging, susu serta telur, selain kecekapan makanan perlu dipertingkatkan.
"Strategi dari segi pemakanan atau nutrisi ternakan boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini termasuk dengan menggunakan bahan makanan yang sangat mudah dihadam dan berkualiti tinggi.
"Ini termasuk, seperti kacang soya dan tepung ikan untuk sumber protein dan jagung untuk sumber tenaga," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Perasmian Persidangan Antarabangsa Pemakanan Haiwan Ternakan (ICAN 2023), baru-baru ini.
Bertemakan "Strategi Pemakanan Untuk Meningkatkan Kecekapan Makanan Dan Keselamatan Makanan", persidangan tersebut bertujuan mengetengahkan isu keselamatan makanal global dan pengeluaran ternakan.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Azman berkata, ternakan menyumbang 40 peratus daripada nilai global pengeluaran pertanian dan menyokong mata pencarian, keselamatan makanan serta pemakanan hampir 1.3 bilion orang.
Selain itu, permintaan untuk protein haiwan di seluruh dunia juga terus meningkat setiap tahun, di mana FAO menganggarkan pada 2050 permintaan untuk makanan akan meningkat sebanyak 60 peratus dan pengeluaran protein haiwan dijangka meningkat sekitar 1.7 peratus setahun.
"Menyedari kepentingan protein sumber haiwan, pengeluaran ternakan perlu dilakukan secara mampan dan cekap terutamanya dalam dunia hari ini.
"Kita menghadapi pelbagai cabaran seperti peningkatan populasi global, kekurangan tanah dan sumber, pencemaran, kehilangan biodiversiti, serta perubahan iklim," ujarnya.
Dalam masa yang sama, Azman berkata pemakanan haiwan yang baik dan mencukupi sangat penting untuk meningkatkan produktiviti ternakan.
Topic Berkaitan
#MARDI
#pengeluaran ternakan
#kekurangan tanah
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan