awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia

Bernama
Bernama
23/05/2024
23:15 MYT
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam, yang menyelaraskan pengalaman perjalanan mereka dengan memastikan perkhidmatan pengurusan dan penandaan bagasi yang lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkhidmatan itu menghapuskan keperluan menunggu untuk menuntut bagasi di Arab Saudi, membolehkan pemindahan terus bagasi ke penginapan di Mekah dan Madinah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Proses penandaan bagasi, yang diselia oleh Kementerian Haji dan Umrah, bermula di KLIA.
Pasukan khusus akan mengurus dan melabelkan bagasi dengan butiran penerbangan, maklumat peribadi dan butiran penginapan.
Jemaah juga menerima kad yang bersesuaian dan label pasport untuk memudahkan pengenalan. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, jemaah dipindahkan ke bas khusus, manakala bagasi mereka dihantar secara berasingan oleh badan-badan yang bekerjasama, memastikan setiap bagasi jemaah sampai ke tempat penginapan dengan cekap.
Dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama rakan kerajaan, Makkah Route adalah sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah di bawah Wawasan Saudi 2030.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan perjalanan haji dan telah diterima baik oleh jemaah Malaysia, mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Arab Saudi.
Sejak perintisnya pada 2017, Makkah Route telah mempermudah perjalanan ribuan jemaah Malaysia, dengan 11,000 telah tiba di Tanah Suci tahun ini.
Musim Haji tahun ini, bermula dari 9 Mei hingga 9 Jun, merangkumi 100 penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, yang menunjukkan kecekapan logistik dan dedikasi untuk kesejahteraan jemaah Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Makkah Route Initiative
#jemaah haji Malaysia
#musim haji 2024
#Kementerian Haji dan Umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan