KUALA LUMPUR:Kerajaan sesebuah negara yang dibentuk adalah milik khalayak dan sebarang pertukaran atau peralihan perlu dilakukan secara telus tanpa mengelirukan rakyat, kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar.
Beliau berkata jika terdapat pemimpin parti yang mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, maka ia juga perlu dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka.
"Jangan jadikan ini teka teki, jangan dipermain-mainkan rakyat, meletakkan rakyat dalam keliru, jika ada (majoriti) beritahu dengan telus, beritahu siapakah dia, dari parti mana," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara: Survival Politik vs Survival Rakyat terbitan Bernama TV pada Selasa.
Kemelut politik melanda negara susulan tindakan Pengerusi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 Ahli Parlimen.
Anwar, bagaimanapun, hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa.
Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara, berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.
Mengulas lanjut, Khairil Azmin secara peribadi berpendapat tiada keperluan untuk Al-Sultan Abdullah untuk memanggil Ahli Parlimen, ketua parti malah perdana menteri sekali pun untuk menghadap baginda bagi membuktikan kenyataan Anwar itu.
Katanya, beliau melihat perkara itu berdasarkan kepada kenyataan Istana Negara sendiri, yang dengan jelas menunjukkan bahawa Anwar sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan beliau mendapat sokongan tersebut.
"Saya tidak nampak perlunya Yang di-Pertuan Agong memanggil perdana menteri sekalipun kerana tidak ada bukti untuk meyakinkan mana-mana pihak bahawa ada orang lain daripada perdana menteri sekarang yang mempunyai sokongan majoriti," katanya.
Beliau juga berkata politik antara lain diciptakan untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan sekiranya pemimpin parti hanya bermain dengan 'angka majoriti' serta isu lompat parti, maka secara tidak langsung perhatian terhadap rakyat juga akan berkurangan.
"Parti politik perlu jaga kemaslahatan rakyat bukan untuk mengutamakan pemimpin mereka untuk menjadi ketua kerajaan, ini mentaliti amat menyedihkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
KHAIRIL AZMIN: Parti politik perlu jaga kemaslahatan rakyat bukan mengutamakan pemimpin mereka menjadi ketua kerajaan, ini mentaliti amat menyedihkan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.