awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat klinikal AstraZeneca akan dianalisis - Khairy

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/04/2021
13:16 MYT
Maklumat klinikal AstraZeneca akan dianalisis - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan akan membuat penelitian data secara klinikal terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemilihan vaksin tersebut. - Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Kerajaan akan mendapatkan maklumat klinikal terkini daripada pengeluar vaksin AstraZeneca, untuk dianalisis Kumpulan Teknikal Kerja Pemilihan Vaksin (KKTPV) dan Bahagian Regulatory Farmasi Negara (NPRA).
Ia susulan wujud dakwaan terbaru mengenai kesan sampingan vaksin tersebut melibatkan 35 kes kejadian darah beku yang dikaitkan dengan platlet darah rendah kepada pengguna di United Kingdom (UK).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan akan membuat penelitian data secara klinikal terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemilihan vaksin tersebut.
“Kita buat keputusan berdasarkan data klinikal. Kita ada dua lapisan nasihat yang diterima oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang dipengerusikan oleh saya dan Kementerian Kesihatan.
“Yang pertama adalah Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Vaksin yang dipengerusikan oleh Pengarah Institut Clinical Research Malaysia, jawatankuasa teknikal itu memberi nasihat vaksin mana yang boleh kita beli, yang mana boleh kita perolehi.
“Dan yang kedua, kita ada pihak lain iaitu NPRA. NPRA melihat kepada segala maklumat klinikal sebelum memberi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) bagi menggunakan apa sahaja ubat-ubatan di Malaysia,” ujar Khairy.
Namun, katanya setakat ini keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin AstraZaneca bagi mengawal penularan COVID-19 masih tidak berubah.
Jelas Khairy, keputusan kerajaan membekalkan vaksin AstraZeneca itu kepada rakyat bukan dilakukan mengikut laporan berita semata-mata dan pihaknya yakin dengan kepakaran kedua-dua Jawatankuasa tersebut untuk menganalisis maklumat klinikal terhadap vaksin berkenaan.
Dalam masa sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu turut memaklumkan, kerajaan sedang menjalankan penilaian risiko sama ada mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 di luar negara, perlu menjalani kuarantin wajib setelah tiba di negara.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke The Catalyst for Malaysia’s Technology Ecosystem (CREST), Universiti Sains Malaysia (USM), pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#AstraZeneca
#pemilihan
#COVID-19
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Malaysia
#Dadah
#Sains
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan