Majikan terutamanya syarikat perladangan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing mereka melalui prosedur saringan malaria semasa masuk ke negara ini bagi memastikan penyakit itu tidak terus menular di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata walaupun bilangan kes malaria di negara ini telah menurun, komitmen dan sokongan daripada semua pihak masih diperlukan bagi mencapai sifar malaria menjelang 2020.
"Masih terdapat risiko jangkitan semula di kawasan yang telah diisytiharkan bebas malaria disebabkan faktor kemasukan pekerja asing dari negara yang bermasalah malaria atau rakyat Malaysia yang bekerja di negara berisiko malaria.
"Pihak majikan antaranya bertanggungjawab menyediakan kelambu berubat kepada pekerja bagi melindungi daripada gigitan nyamuk dan memastikan pekerja menjalani pemeriksaan di klinik dengan segera jika mengalami gejala malaria," katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat Kebangsaan di Felcra Lubuk Sireh di sini, hari ini.
Perasmian program itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Dzulkefly berkata penduduk yang terlibat dengan aktiviti berisiko di hutan seperti memburu dan pembukaan tanah baharu untuk pertanian juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan ubat penghalau nyamuk.
"Bagi penduduk yang bekerja di negara bermasalah malaria atau bekerja di kawasan hutan untuk jangka masa panjang, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pejabat kesihatan berhubung langkah pencegahan yang bersesuaian," katanya.
Hari Malaria Sedunia adalah antara lapan sambutan Hari Kesihatan Awam Global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
Majikan bertanggungjawa ke atas status kesihatan pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini. - Gambar fail
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
KKM bakal tawar kontrak baharu pastikan bekalan ubat cukup terutama insulin manusia
Dzulkefly memberi jaminan bahawa Malaysia tidak pernah mengalami kekurangan insulin manusia walaupun semasa gangguan pada Ogos.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.