KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak wanita dan skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan diingatkan supaya memanfaatkan sebaik mungkin peluang menjalani latihan dan beraksi di luar negara sekali gus dapat melonjakkan lagi nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Peringatan itu diberikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan barisan pemain Malayan Tigress dan skuad B-17 negara, masing-masing mempamerkan persembahan terbaik pada kejohanan yang bakal disertai tidak lama lagi.
"Pengalaman beraksi untuk negara tidak harus disia-siakan kerana peluang ini hadir kepada pemain-pemain terpilih dan istimewa sahaja. Saya percaya tidak kira skuad B-17 mahupun skuad wanita mampu untuk mencipta kejutan pada saingan Piala Asia B-17 dan Sukan SEA 2023 nanti.
"Berikan komitmen serta dedikasi anda disulam dengan doa kepada negara, saya percaya kejayaan pasti akan menjadi milik kita," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi FAM hari ini.
Hamidin juga mengingatkan barisan pemain untuk kekal fokus semasa sesi latihan dan menunjukkan konsistensi dalam setiap perlawanan.
Skuad B-17 kendalian Osmera Omaro akan berlepas ke Doha, Qatar hari ini bagi menjalani latihan di Akademi Aspire dan dijadual beraksi dalam beberapa aksi persahabatan di sana sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand bermula 15 Jun hingga 2 Julai ini.
Skuad Malayan Tigress bimbingan Soleen Al-Zoubi pula kini sedang menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM di Kelana Jaya dari 5 hingga 29 April sebagai persiapan menghadapi cabaran Sukan SEA 2023 di Kemboja, bulan depan.
Semalam, Hamidin meluangkan masa berbuka puasa bersama barisan pemain serta staf kejurulatihan skuad Malayan Tigress dan skuad B-17 di sebuah hotel di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2023
Hamidin Haji Mohd Amin telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama barisan pemain serta staf kejurulatihan skuad Malayan Tigress dan Harimau Malaya B-17 di Hotel Armada, Petaling Jaya, malam tadi. --Facebook FAM
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
Piala FA: Kehadiran Faisal Halim dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor
"Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut," kata ketua jurulatih The Red Giants.
Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane
Harry Kane menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam Euro 2024.
Euro 2024: Ketua jurulatih terpaksa minta maaf kepada penyokong Croatia
"Saya minta maaf atas persembahan buruk ini hari ini. Kami tidak cukup agresif."
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera
Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru mendorong Sarjan Mohd Hasif cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan.
Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya akibatkan kenaikan harga barang - Mydin
Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin.
Aidiladha: Penternak rumus makanan lembu sendiri, jaga kualiti daging, jimat kos
Seorang penternak di Sungai Merab menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.
Jualan Agro MADANI FAMA bantu rakyat jimat hingga 30 peratus
Ketua Pengarah FAMA harap rakyat Pahang mendapat manfaat daripada program yang diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 15 Jun itu.
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
FAM perlukan lagi sokongan kerajaan - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu memerlukan lagi sokongan daripada kerajaan terutama dalam memajukan bola sepak negara.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.