SETIAP kerajaan dalam dunia termasuklah kerajaan Malaysia memiliki hak untuk mengkaji semula perjanjian yang telah dibuat oleh mereka dan ini termasuklah perjanjian bekalan airnya yang telah lama dibuat dengan pihak Singapura.
Kajian terhadap perjanjian air ini perlu dilakukan kerana ia dilihat terlalu murah serta merugikan pihak Malaysia pada masa kini.
Ini susulan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang menyatakan sekali lagi hasratnya untuk menyemak semula harga air yang dijual kepada Singapura dengan menyifatkan harga itu tidak lagi mencerminkan keadaan semasa.
Perdana Menteri telah menyatakan hasratnya untuk mengkaji semula perjanjian bekalan air yang telah dibuat dengan pihak Singapura banyak kali. Dalam wawancara bersama Associated Press (AP) pada tahun 2018 yang lalu, Perdana Menteri menyatakan hasrat mahu menaikkan harga bekalan air itu sebanyak lebih 10 kali ganda.
Langkah yang ingin diambil oleh Perdana Menteri dalam perkara ini adalah amat wajar kerana harga air yang dibayar oleh Singapura kepada Malaysia adalah terlalu kecil serta tidak sesuai dengan keadaan masa kini. Harga bekalan air yang telah lama dibuat ini juga dilihat tidak logik serta tidak masuk akal dengan keadaan semasa pada kini.
Perlu diketahui, air kini sudah menjadi satu komoditi penting bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Dengan perubahan cuaca yang berlaku diseluruh dunia, air sudah menjadi satu bahan yang amat bernilai.
Oleh itu, amat wajar sekira bekalan yang penting ini dibayar mengikut dengan keadaan dan suasana semasa sesuai dengan nilai sebenar air berkenaan.
Isu bekalan air Malaysia ke Singapura adalah merujuk kepada perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Bekalan air ke Singapura sentiasa menjadi beban politik kepada kerajaan Malaysia buat sekian lama kerana ia dianggap sebagai menguntungkan pihak kerajaan Singapura dari banyak segi.
Ini terutamanya kerana kerajaan Singapura hanya membayar 3 sen bagi setiap seribu gelen.
Mengulas hasrat Tun Mahathir terhadap perkara ini, pihak jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura pula pada tahun yang lalu menyatakan bahawa kedua-dua negara Malaysia dan Singapura mesti “mematuhi sepenuhnya” syarat-syarat Perjanjian Air 1962 dan Perjanjian Pemisahan 1965.
Untuk rekod, Singapura telah menandatangani tiga perjanjian dengan Johor iaitu Perjanjian Hak Air pada 1927, Perjanjian Air pada 1961 dan Perjanjian Air pada 1962.
Mengikut perjanjian semasa, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.
Seperti juga Singapura, Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai segala hak untuk melihatkan dan mengkaji kembali terhadap segala perjanjian yang telah dibuat dengan pihak Singapura.
Tidak menjadi satu dosa atau kesalahan besar untuk pihak kerajaan Malaysia melihat dan mengkaji kembali terhadap perjanjian air yang telah lama dibuat itu demi mendapatkan keadilan dan hak sama rata antara kerajaan Malaysia dan Singapura.
Dalam sesuatu kontrak atau perjanjian kemungkinan wujud klausa-klausa atau peruntukan tertentu yang membenarkan satu proses semakan untuk dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa pada masa kini yang sudah berubah berbanding dengan keadaan lebih 50 tahun dahulu.
Bagi mengkaji semula perjanjian air yang telah dibuat terbabit, adalah disarankan supaya pihak kerajaan Malaysia mendapatkan semua salinan perjanjian air yang telah dibuat dengan Singapura lebih setengah abad yang lalu serta menyerahkannya kepada pejabat peguam negara untuk dikaji dengan sedalam-dalamnya untuk mengenal pasti sebarang ruang atau peluang bagi kerajaan Malaysia menilai semula perjanjian air yang sudah ketinggalan zaman berkenaan dari sudut perundangan.
Pihak kerajaan juga boleh mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji perjanjian air yang telah lama dibuat ini. Jawatankuasa khas terbabit boleh dianggotai oleh pakar-pakar perundangan kontrak seperti peguam dan ahli akademik.
Namun, apa yang paling penting di sini adalah sebarang jenis perjanjian yang dibuat perlulah adil dan saksama dengan semua pihak yang terlibat dengan perjanjian berkenaan.
Ini seperti yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan Singapura sendiri selama ini dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia iaitu mesti ada suasana menang-menang dalam segala usahasama antara pihak Malaysia dan Singapura.
Laungan yang sama patut juga diguna pakai dalam isu perjanjian bekalan air ini yang sudah ketinggalan zaman ini.
* Muzaffar Syah Mallow merupakan Pensyarah Kanan, Fakuti Syariah & Undang - Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Muzaffar Syah Mallow
Sun Jan 20 2019
Sebarang jenis perjanjian yang dibuat perlulah adil dan saksama dengan semua pihak yang terlibat dengan perjanjian berkenaan. - Gambar fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.