KUALA LUMPUR: Menjelang pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi pada Hari Malaysia (16 September) ini, anak syarikat Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Malaysia Airlines, Firefly dan MHholidays menawarkan tambang rendah untuk tempahan yang dibuka sekarang sehingga 30 September depan untuk perjalanan dilakukan antara 16 Sept dan 31 Okt, 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89 untuk perjalanan sehala semua dalam satu dan menikmati kemudahan seperti elaun bagasi kabin tujuh kilogram (kg) dan makanan percuma.
"Pelanggan yang mahu kemudahan perjalanan yang lancar boleh memilih tambang Economy Flex untuk faedah tambahan termasuk perubahan tarikh tanpa had dan tiada bayaran yang dikenakan, pemulangan wang percuma tanpa dikenakan fi, fleksibiliti "Go Show" (mengubah masa penerbangan), keutamaan daftar masuk, keutamaan menaiki pesawat (boarding) dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kilogram," katanya.
BACA: Nak bercuti ke Langkawi? Ini SOP, garis panduan yang perlu dipatuhi
BACA: Perjalanan feri ke Langkawi ditambah bermula 16 September
BACA: Langkawi: Agensi pelancongan dibenar beroperasi tanpa mendaftar CIMS - Nancy
Sementara itu, Firefly memberi tawaran menarik dengan tambang serendah RM19 dari Pulau Pinang ke Langkawi dan RM69 dari Subang ke Langkawi dengan diskaun sebanyak RM50 sebagai insentif kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi lengkap.
Pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan penerbangan 28 kali seminggu Malaysia Airlines ke Langkawi dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perkhidmatan Firefly sebanyak 10 kali seminggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.
MHholidays, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines menawarkan diskaun 50 peratus untuk tiket penerbangan dan pakej hotel di hotel empat hingga lima bintang yang terpilih, antaranya Datai Langkawi, Berjaya Langkawi Resort, Pelangi Beach Resort and Spa, dan Vivanta Langkawi Rebak Pulau.
"Pelanggan digalakkan untuk mendapatkan maklumat mengenai gelembung pelancongan terkini Langkawi oleh oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN) di https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html atau https://www.fireflyz.com.my serta https://holidays.malaysiaairlines.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89. - Gambar fail

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.

KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM
KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Aiman Tino sah jadi suami kepada Syarah Haifa, beri mas kahwin RM5,000
Penyanyi Aiman Tino sah menjadi suami kepada pasangan pilihannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 5.41 petang, Khamis di dewan Astana, Shah Alam.

MAG sahkan fail injunksi terhadap AirAsia berhubung jualan tiket MAS
Malaysian Aviation Group (MAG) mengesahkan injunksi telah difailkan untuk menghentikan AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines.

Ringgit susut berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.4070/4120 berbanding dolar US daripada 4.3995/4035 yang disaksikan semasa Jumaat lepas.

MAG tawar lebih 18,000 tempat duduk tambahan sempena Aidilfitri
Syarikat penerbangan di bawah MAG seperti Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings akan menawarkan lebih daripada 18,000 tempat duduk tambahan bagi tempoh kemuncak perjalanan sempena Aidilfitri.

MOT akan umum penambahan penerbangan sempena Aidilfitri
Harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini turut dilaksanakan, bersama penambahan penerbangan itu.

MAG, Chooose jalin kerjasama inisiatif nyah karbon industri penerbangan
Malaysia Aviation Group, bekerjasama dengan syarikat teknologi iklim yang berpangkalan di Norway, Chooose, untuk membangunkan penyelesaian perisian iklim.

Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.

MOT akan bincang dengan syarikat penerbangan, tawar tiket murah kepada pelajar
Malaysia Airlines Bhd menyediakan program MHexplorer, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan.