awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi: Agensi pelancongan dibenar beroperasi tanpa mendaftar CIMS - Nancy

Bernama
Bernama
10/09/2021
11:11 MYT
Langkawi: Agensi pelancongan dibenar beroperasi tanpa mendaftar CIMS - Nancy
Semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan PKPD. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Syarikat agensi pelancongan dibenarkan beroperasi serta merta tanpa perlu mendaftar dengan 'COVID-19 Intelligent Management System' (CIMS), bagi menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang akan bermula pada 16 Sept ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy berkata keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Menyifatkan keputusan itu sebagai berita baik kepada pemain industri, beliau berkata ia dapat membantu 5,335 agensi pelancongan berdaftar di negara ini untuk menjana semula pendapatan mereka, setelah terjejas hampir dua tahun akibat pandemik COVID-19.
"Kerajaan sentiasa komited untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan, terutamanya dalam mengekalkan pekerjaan mereka yang terlibat dalam rantaian sektor yang sama," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pulau peranginan di utara tanah air yang dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan itu, adalah terhad kepada individu yang lengkap dos vaksin COVID-19 mereka.
Nancy berkata kerajaan telah menyalurkan pemberian bantuan khas sekali beri RM3,000 kepada 2,899 agensi pelancongan, melibatkan peruntukan sebanyak RM8.6 juta.
"Pembayaran kepada 2,436 agensi pelancongan lagi sedang diproses," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#agensi pelancongan
#CIMS
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan