KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan memperluaskan sayapnya di India dengan memulakan tiga perkhidmatan baharu antara Kuala Lumpur (KUL) ke Amritsar (ATQ), Thiruvananthapuram (TRV) serta Ahmedabad (AMD) masing-masing berkuat kuasa 8 Nov, 9 Nov dan 1 Dis 2023.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pengembangan itu akan menghubungkan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke India kepada sembilan hab utama, sekali gus menyediakan penumpang dengan pilihan dan fleksibiliti yang dipertingkatkan membabitkan perjalanan antara kedua-dua negara.
Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan penerbangan terus ke New Delhi, Bengaluru, Mumbai, Chennai, Hyderabad dan Kochi.
Laluan baharu itu akan menerima perkhidmatan pesawat Boeing 737-800NG berkapasiti 160 tempat duduk yang merangkumi 16 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 144 tempat duduk Kelas Ekonomi.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Malaysia Airlines menawarkan tambang pengenalan dengan tiket pergi balik bermula daripada RM999 untuk Kelas Ekonomi dan RM2,999 bagi Kelas Perniagaan, yang boleh dibeli mulai hari ini hingga 9 Sept 2023 membabitkan perjalanan 8 Nov 2023 hingga 31 Mac 2024.
Selain itu, pelanggan yang menempah dalam tempoh tersebut akan menikmati sehingga 50 peratus Bonus Enrich Points.
"India kekal sebagai pasaran utama bagi Malaysia Airlines.
"Tiga laluan baharu ke dalam rangkaian India kami akan memberi kemudahan tambahan kepada pelancong, mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran teras ini, selain memperluaskan lagi perkhidmatan Hospitaliti Malaysia kami," katanya dalam sidang akhbar sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini dari 1 hingga 3 Sept 2023.
Beliau berkata, faktor muatan purata semasa syarikat penerbangan itu berada pada 81 peratus dari tahun ke tarikh setakat Julai 2023, menandakan pertumbuhan serta keyakinan untuk perjalanan antara kedua-dua pasaran.
"Kami sedang mengkaji untuk memulihkan kapasiti pra-COVID-19 kami di pasaran India menjelang akhir tahun ini dan juga akan meningkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi lain dalam ketika kami mengusahakan kelancaran perjalanan di Malaysia serta seterusnya," kata Izham.
Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata, ia akan meningkatkan kekerapan untuk membina dominasi di pasaran utama lain seperti Australia, China dan Asean.
Bermula Disember 2023, syarikat penerbangan itu akan meningkatkan penerbangan mingguannya dari KUL ke Melbourne (MEL) serta Sydney (SYD), masing-masing daripada 14 penerbangan seminggu kepada 15 dan 16 penerbangan seminggu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial MAG, Dersenish Aresandiran berkata, syarikat penerbangan itu turut melancarkan penawaran produk baharunya, MHsports dan MHcruise, untuk meningkatkan lagi pengalaman pelancong secara keseluruhan.
MHsports menyediakan kumpulan seramai lima atau lebih orang yang mahu melakukan perjalanan untuk tujuan sukan bagi menikmati faedah termasuk tambang khas, elaun bagasi 10kg tambahan, perubahan tarikh serta masa yang fleksibel dan kemudahan melanjutkan perjalanan mereka dengan tarikh perjalanan pulang yang boleh disesuaikan.
"MHcruise pula menawarkan tambang diskaun khas yang direka khas untuk penerbangan perdagangan terpilih yang boleh diintegrasikan dengan pakej perjalanan mereka.
"MHcruise memastikan kemudahan untuk semua dengan tambang diskaun, termasuk tambang khas bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, elaun bagasi 10kg tambahan, tambang istimewa kedua-dua tempat duduk Kelas Perniagaan serta Ekonomi, dan kebebasan untuk memilih perjalanan sehala atau perjalanan pulang ke pelbagai destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines," katanya.
Dersenish berkata, pelanggan juga boleh menjangkakan tawaran yang dipertingkatkan daripada AMAL oleh Malaysia Airlines, cabang ziarah haji dan umrah Malaysia Airlines, yang mampu memastikan perjalanan menyeluruh yang lancar.
"Ini termasuk Umrah Plus yang akan diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan lagi, menyediakan tiket pergi balik percuma ke destinasi domestik terpilih kepada pelanggan antarabangsa semasa perjalanan ibadah haji mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan penerbangan terus ke New Delhi, Bengaluru, Mumbai, Chennai, Hyderabad dan Kochi. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Pameran MATTA 2024 sasar kehadiran lebih 200,000 pengunjung
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2024 pada 6 hingga 8 Sept ini disasar menjana perolehan jualan sekitar RM250 juta.
Malaysia Airlines mulakan tiga laluan baharu dari KL ke India
Malaysia Airlines akan memperluaskan sayapnya di India dengan memulakan tiga perkhidmatan baharu berkuat kuasa 8 Nov, 9 Nov dan 1 Dis 2023.
Malaysia Airlines tawar tiket bersubsidi untuk tingkatkan pelancongan domestik
Pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi
Tawaran itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.