BEIJING: Malaysia sedia untuk bekerjasama rapat dengan China untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat sempena sambutan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun hadapan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Beliau berkata Malaysia amat menghargai hubungannya dengan China dan kedua-dua negara telah membina hubungan yang penting dan kukuh yang menghampiri lima dekad.
"Kami mahu melihat hubungan antara Malaysia dan China bertambah kukuh lagi kerana kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-1 0 Perkongsian Strategik Komprehensif tahun ini," katanya.
Johari berkata demikian semasa satu pertemuan dua hala dengan Pengerusi Sidang Perundingan Politik Rakyat Republik Rakyat China (CPPCC) Wang Huning, di Dewan Besar Rakyat di sini hari ini.
Selain daripada Wang, Johari juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Republik Rakyat China Zhao Leji.
Pertemuan beliau dengan kedua-dua pemimpin merupakan agenda utama lawatan rasminya ke republik ini, bermula dari 23 Sept atas undangan Zhao berikutan pertemuan dua hala mereka di Parlimen Malaysia pada 18 Mei lepas.
Johari berkata lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada 17 Sept lepas telah mencetuskan daya pendorong baharu untuk lebih banyak lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata pertukaran antara Parlimen Malaysia dan Kongres Rakyat Kebangsaan merupakan unsur penting bagi menggalakkan lebih persefahaman antara kedua-dua badan perundangan.
"Kami gembira dengan hasil lawatan rasmi Zhao ke Malaysia pada Mei 2023 dan pertemuan kami telah menyediakan daya pendorong baharu untuk meningkatkan pertukaran antara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua negara.
Dengan kedua-dua parlimen di Malaysia dan China telah mewujudkan Kumpulan Persahabatan masing-masing untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kami di peringkat Ahli-Ahli Parlimen, menjadi hasrat murni kami lebih banyak lagi pertukaran antara Ahli-Ahli Parlimen akan dimudah cara," kata Johari.
Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Speaker Alice Lau Kiong Yeng; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia M. Kulasegaran, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Datuk Awang Hashim dan Ahli Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia - Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) Chiew Choon Man.
Selepas pertemuan itu, Johari yang ditemani isteri Puan Sri Noraini Mohd dan delegasi menghadiri bankuet selamat datang yang dihoskan Zhao di dewan besar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Johari berkata Malaysia amat menghargai hubungannya dengan China dan kedua-dua negara telah membina hubungan yang penting dan kukuh yang menghampiri lima dekad. - Gambar fail/BERNAMA
Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Kelulusan RUU kukuhkan fungsi statutori Suhakam
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 (Akta 597) yang telah diluluskan di Parlimen pada Rabu dilihat memperkasakan lagi tugas suruhanjaya itu dalam menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab statutorinya.
Lelaki dijatuhi hukuman 14 tahun penjara,tikam isteri sehingga mati
Seorang lelaki yang tergamak menikam isterinya sehingga mati enam tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun di Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, yang runtuh malam semalam.

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Dekan Universiti UCSI tersenarai penyelidik paling banyak dirujuk di dunia
Dekan Universiti UCSI, Prof Dr Ooi Keng Boon tersenarai sebagai penyelidik paling banyak dirujuk di dunia

Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

Hubungan Malaysia-Indonesia tambah erat dalam setahun pemerintahan Anwar
Hubungan Indonesia-Malaysia bertambah erat sepanjang setahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam usaha menyatukan ummah di kedua-dua negara serta rantau ASEAN.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.

China laksana dasar pengecualian visa untuk enam negara termasuk Malaysia
China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.