awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan dikeluarkan dari senarai Statut Rom setelah PBB lengkapkan prosedur

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2019
12:30 MYT
Malaysia akan dikeluarkan dari senarai Statut Rom setelah PBB lengkapkan prosedur
Menurut Wisma Putra, kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April lalu. - Gambar hiasan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia daripada senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.
Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April lalu, selaku depositori bagi triti tersebut.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lepas.
"Isu ini juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat yang telah berlangsung pada 30 April lepas yang mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahaya," katanya.
Topic Berkaitan
#depositori
#Dewan Rakyat
#ICC
#jenayah
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Marzuki Yahaya
#Negara-negara Pihak
#PBB
#Statut Rom
#surat penarikan diri
#triti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan