KUALA TERENGGANU: Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.
Penyelidik Antartika, Dr Wan Mohd Rauhan Wan Hussin berkata, benua yang dirujuk sebagai makmal semula jadi itu, mempunyai petunjuk penting kepada proses rumit planet ini dan memainkan peranan besar dalam sistem iklim bumi.
Beliau berkata, Antartika yang dikelilingi Lautan Selatan menyimpan kira-kira 90 peratus air tawar permukaan bumi dalam bentuk lapisan air, glasier dan bongkah ais, dengan Lembaran Ais Antartika adalah simpanan air tawar di bumi yang bersamaan dengan hampir 60 meter paras laut.
"Lautan Selatan pula ialah sinki karbon paling berkuasa dan menyerap kira-kira 30 peratus daripada keluaran karbon dioksida yang disebabkan oleh manusia.
"Selain itu, peredaran air serta suhu laut (Lautan Selatan) yang menghubungkan tiga lembangan lautan utama, sangat dipengaruhi oleh ais di benua tersebut," kata pensyarah dari Univesiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) berkata, kemusnahan ekosistem dan biodiversiti di Lautan Selatan akan mengurangkan keupayaannya untuk menangkap karbon, seterusnya meningkatkan suhu bumi.
"Ia (Antartika) tidak terlepas daripada mendapat kesan buruk akibat pemanasan global yang akan membawa kepada bencana ke seluruh muka bumi seperti kemarau melampau, gelombang haba dan banjir besar.
"Kemusnahan amat besar jika bekuan ais ini mencair. Istilah yang lebih mudah, apa yang berlaku di Antartika memberi kesan kepada seluruh planet dan Malaysia tidak akan terlepas daripada kesannya," katanya sambil menyeru masyarakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan benua Antartika dan kepentingannya dalam kehidupan.
Menurutnya, komitmen kerajaan Malaysia dalam merangka pelan tindakan dengan menjadi sebahagian daripada anggota negara yang menjalankan penyelidikan benua Antartika juga harus dipuji, terutama apabila Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah menyumbang dana lebih RM8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan biasiswa.
"Walaupun negara tidak mempunyai pangkalan penyelidikan rasmi di benua beku tersebut, sumbangan dana itu cukup menzahirkan hasrat Malaysia serta sebagai petunjuk utama membantu penyelidik mendapat kerjasama dengan saintis dari negara lain," katanya.
Malaysia juga, katanya, adalah antara 196 negara yang menandatangani Perjanjian Paris yang bertujuan mengekalkan kenaikan purata suhu global di bawah 1.5 darjah Celcius di atas paras praperindustrian.
"Sesetengah mungkin berpendapat bahawa kita harus menumpukan usaha dalam skala serantau tanpa perlu komited kepada usaha yang lebih besar di benua yang jauh dari kita. Tetapi perlu sedar bahawa kita juga menyumbang kepada pemanasan global dan tanggungjawab untuk memelihara Antartika tidak seharusnya diketepikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu. - Gambar fail/BERNAMA
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Kepengerusian Malaysia penting untuk kukuhkan kerelevanan ASEAN - Pakar
Kepimpinan Malaysia penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.