Malaysia akan mempelajari mekanisme dan tindakan proaktif bersesuai bagi menangani ancaman militan Daish dengan beberapa negara Asia Barat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata perkongsian berkenaan bakal terlaksana menerusi lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain minggu depan, kerana negara-negara berkenaan lebih berpengalaman menangani Daish seperti di Iraq dan Syria.
"Penting untuk kita belajar dan memahami bagaimana negara berkenaan hadapi Daish di Iraq dan Syria dan keduanya untuk mendapatkan perkongsian maklumat risik.
"Kemungkinan mereka (militan Daish) yang lari dari Raqqa, Mosul atau Aleppo dengan kejayaan ofensif di sana mereka ke mana? Saya bimbang mereka lari ke rantau ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Mutiara Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di Pangkalan Udara Subang, dekat sini.
Hishammuddin berkata sempena lawatan itu, beliau juga akan bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi memperincikan perkara itu dengan lebih lanjut.
Selain itu, ditanya mengenai keselamatan di Sabah, khususnya selepas insiden serangan kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao, Filipina, Hishammuddin berkata kementerian telah meningkatkan tahap keselamatan dan menambahkan aset seperti pesawat pejuang di Pangkalan Udara Labuan serta mempunyai beberapa Pangkalan Hadapan di negeri itu.
"Saya hendak ingatkan bahawa ancaman Daish ini tidak hanya berkisar di Mindanao sahaja tetapi jika tidak dibendung ia boleh menjejaskan keselamatan negara ini tetapi alhamdulillah tindakan hubungan trilateral (tiga pihak) yang dibuat akan memperkukuhkan lagi keselamatan di Sabah," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan penyerahan dividen 2016 daripada Pernama kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM55 juta dan sumbangan tahunan kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera sebanyak RM500,000.
Pernama merupakan antara agensi kerajaan yang tidak bergantung kepada dana pihak kerajaan dan kebanyakan projek pembangunan prasarana serta kompleks adalah hasil keuntungannya sendiri.
Kompleks Pernama merupakan rangkaian kelima dibina bagi kemudahan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mempunyai 84 buah kedai yang sedang beroperasi dalam kem-kem utama ATM di seluruh negara ketika ini.
Turut hadir dalam majlis itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Malaysia akan mempelajari mekanisme dan tindakan proaktif bersesuai bagi menangani ancaman militan Daish dengan beberapa negara Timur Tengah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump
Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Trump namakan Steven Witkoff sebagai utusan khas ke Asia Barat
Trump berkata, Steve akan menjadi suara yang teguh untuk keamanan, dan akan membuat kita semua berbangga.
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaan agar semua pihak segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan meruncing.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PBB kecam perluasan konflik di Asia Barat
Ketegangan yang berlaku akibat peningkatan demi peningkatan konflik perlu dihentikan segera dan gencatan senjata sangat diperlukan.
'AS tahu mereka terlibat dalam konflik di Asia Barat' - Khamenei
Ayatollah berkata, dalam peperangan yang berlaku, musuh-musuh zalim yang dilengkapi sumber ketenteraan terbaik disokong negara itu.
PM Srettha, kerajaan Thailand pantau rapat krisis Asia Barat
Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Peningkatan konflik di Asia Barat bawa malapetaka - PBB
Peningkatan ketenteraan hanya akan menjamin lebih banyak penderitaan dan kemusnahan kepada masyarakat di Lubnan serta Israel.