KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan pelaksanaan pendekatan konstruktif dan pragmatik untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara ini, sambil bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi bagi merealisasikan keutamaan keahliannya dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Malaysia juga akan melaksanakan pendekatan berasaskan hak asasi manusia, selaras dengan undang-undang negara, kewajipan hak asasi manusia antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan.
Zambry berkata demikian dalam ucapan pembukaan melalui rakaman video pada Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 yang diadakan di sini hari ini. Menteri Luar kini bersiap sedia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah-ASEAN di Brussels.
"Ini sememangnya aspirasi Agenda 2030 bersama negara di seluruh dunia termasuk Malaysia yang komited untuk memastikan 'Leave No One Behind'.
"Ini juga merupakan keutamaan keahlian Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022-2024," kata beliau.
Dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan PBB di Malaysia, forum itu diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada 10 Dis.
Zambry berkata di peringkat negara kerajaan kini sedang mengkaji untuk menyelesaikan pindaan Akta 20 Orang Kurang Upaya untuk menangani isu hak asasi golongan itu.
"Kami juga akan meneruskan dasar yang kukuh untuk mencapai kesaksamaan jantina dan mempromosikan hak wanita dan kanak-kanak. Semua Kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia baru-baru ini melantik Gender Focal Point di peringkat pengurusan tertinggi untuk memastikan pelaksanaan inisiatif kesaksamaan jantina itu.
"Golongan muda di negara ini akan diperkasa dan dibekalkan dengan lebih kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang kompetitif.
"Kami akan terus bekerja keras bagi menangani perubahan iklim dan mendukung hak alam sekitar. Kami bertanggungjwab untuk melakukannya demi generasi akan datang," kata Zambry.
Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia akan mengekalkan dan mengukuhkan advokasi dan usaha global untuk menangani penderitaan rakyat Palestin dan Rohingya.
Bertemakan "Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind", forum setengah hari itu diserikan dengan kehadiranYang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Forum itu juga diadakan secara hibrid dan penstriman dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Malaysia juga akan melaksanakan pendekatan berasaskan hak asasi manusia, selaras dengan undang-undang negara, kewajipan hak asasi manusia antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan.- Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dikaji semula
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut UPNM.
Cabaran dunia pendidikan tinggi tuntut pendekatan lebih inovatif, fleksibel
Perubahan pesat dalam teknologi dan keperluan pasaran global menuntut pendekatan pendidikan yang lebih inovatif dan fleksibel.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.
TVET tinggi dikendali KPT, TVET asas dikendali agensi bawah KESUMA - Zambry
Bagi mengukuhkan lagi usaha pemerkasaan TVET Ahmad Zahid telah mengarahkan agar TVET aras tinggi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
GISB: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh - Zambry
KPT akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.
Henti subsidi pendidikan kepada golongan kaya bergantung keputusan Kabinet - Zambry
Penghentian subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam hanya akan dilaksana selepas mendapat kelulusan Kabinet.