PUTRAJAYA:Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan tentang penggunaannya di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata sekiranya pada tiga bulan pertama penggunaan vaksin tersebut di UK memberangsangkan dan kurang dokumentasi mengenai kesan sampingan, ia akan lebih meyakinkan Malaysia untuk menggunakan vaksin berkenaan.
"Apapun kita akan tunggu laporan ujian klinikal fasa tiga yang masih belum kita lihat dan belum dikaji sepenuhnya dan kita perlukan data-data sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Perjanjian kita adalah vaksin tersebut perlu dan mesti didaftarkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan," katanya.
Beliau berkata UK akan menjadi negara pertama menggunakan kaedah darurat untuk penggunaan vaksin COVID-19 dengan dijangka sebanyak 40 juta dos vaksin akan diterima negara itu.
"Jadi kita ada masa untuk melihat penggunaan vaksin tersebut dalam kalangan penduduk di UK dan mungkin akan ada negara-negara lain yang menggunakan klausa tersebut iaitu menggunakan vaksin berkenaan secara kaedah darurat dan tidak mendaftarkan vaksin tersebut dalam badan pengawal selia mereka," katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
BACA: COVID-19: UK negara pertama luluskan vaksin Pfizer dan BioNTech
Namun, katanya di Malaysia tidak ada pengecualian dari segi pendaftaran vaksin secara darurat dan masih perlu melalui proses-proses sebagaimana yang telah ditentukan dalam akta bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.
Vaksin keluaran BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer telah dibenarkan untuk penggunaan darurat di UK oleh Medicines and Healthcare products Regulatory Authority (MHRA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Sekiranya pada tiga bulan pertama penggunaan vaksin tersebut di UK memberangsangkan dan kurang kesan sampingan, ia akan lebih meyakinkan Malaysia untuk menggunakan vaksin berkenaan. - Gambar fail

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Jumlah kes baharu harian COVID-19 merupakan antara berita pilihan sepanjang hari ini.

COVID-19: 21 kes positif, cetus kluster majlis hari keluarga di Sabah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majlis yang berlangsung di Kota Belud, Sabah itu turut dikesan di daerah Tuaran.

Pesakit COVID-19 rentas negeri, 19 dijangkiti dalam Kluster Rantau Lada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini memaklumkan kes indeks Kluster Rantau Lada telah ke negeri Pahang dari Selangor.

10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.

"Berita palsu lagi!" - Dr Noor Hisham
Foto yang tular di media sosial kononnya jangkitan COVID-19 hari ini mencecah 5,122 kes adalah palsu.

MB Kedah disahkan negatif COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.

COVID-19: 3,339 jangkitan baharu, kes aktif kini hampiri 38,000
Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.

Kerana kekhilafan, satu keluarga dakwa dijangkiti COVID-19
KKM didakwa terkhilaf kerana memaklumkan Muhammad Ghazali Abdul Aziz, 44, negatif COVID-19, sedangkan keputusan sebenar adalah sebaliknya.

21 ahli keluarga, tetamu kenduri perkahwinan, tahlil positif COVID-19
Kluster tersebut berkait kenduri perkahwinan dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.