awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2024
00:45 MYT
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat. - Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan dua resolusi berkaitan dengan hak asasi mutlak rakyat Palestin yang telah diluluskan semasa Sesi Tergempar Khas Ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu di New York, Amerika Syarikat.
Resolusi “Demand for Ceasefire in Gaza” menzahirkan gesaan sepadu oleh masyarakat antarabangsa untuk menamatkan keganasan, memastikan akauntabiliti, dan mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Gaza.
Sementara resolusi “Support for the Mandate of the United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA)” mencerminkan sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa terhadap peranan dan mandat Agensi PBB tersebut, serta komitmen yang jelas untuk menentang sebarang percubaan untuk melemahkan dan menamatkan operasinya.
Serentak itu, Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan kedua-dua resolusi tersebut secara menyeluruh dengan segera.
“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian berprinsip dalam mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata Wisma Putra lagi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#resolusi PBB
#hak mutlak rakyat Palestin
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan