KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pemain industri dari Monaco ke arah mengukuhkan hubungan bilateral dan kerjasama dalam pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian dan agensi bersedia untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat-syarikat dari negara tersebut, selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) 2030 yang memberi tumpuan kepada kelestarian.
“Saya ingin mengakui kepentingan bagi Malaysia dan Monaco untuk terus berinteraksi di semua peringkat, memperluaskan peluang perniagaan, sambil meredakan dinamik geopolitik global, dan memanfaatkan hubungan bilateral yang baik di bawah kepemimpinan kedua-dua negara.
“Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa kami terus bertekad memastikan Malaysia menjadi negara pro-perniagaan, pro-pelabur dan pro-perdagangan yang menekankan kepada ketegasan, akauntabiliti, kecekapan dan ketelusan yang lebih tinggi dalam dasar dan penyampaian perkhidmatan kami (Malaysia),” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Monaco 2023 di sini pada Isnin.
Turut berkenan berangkat menghadiri forum tersebut ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; serta Putera Monaco Putera Albert II.
Berucap lanjut, Tengku Zafrul berkata sehingga Jun 2023, Malaysia telah menarik sejumlah 22,105 projek asing yang diluluskan dalam bidang pengilangan dari seluruh dunia, di mana 13 peratus daripadanya adalah dari Eropah.
Beliau menambah, Malaysia merupakan lokasi yang ideal bagi perniagaan untuk memperluaskan pengaruhnya ke rantau Asia Pasifik, sekali gus menonjolkan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri dari Monaco.
“Kami sentiasa berwaspada terhadap isu-isu yang membentuk agenda antarabangsa. Dari inflasi, krisis tenaga, tekanan meningkat terhadap rangkaian bekalan global sehingga kepada risiko iklim dan peperangan yang berterusan yang telah memberi kesan kepada ekonomi (tetapi) Malaysia terus menyuarakan pendiriannya kepada dunia.
“Sementara kami memperkuat hubungan dengan rakan dagang utama yang sehaluan, Malaysia juga sedang merapatkan potensi ekonomi baharu dengan rakan strategik termasuk Monaco, untuk memaksimumkan kepentingan ekonomi yang saling menguntungkan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, satu Memorandum Persefahaman(MoU) antara Kelab Kapal Layar Diraja Selangor dan Kelab Kapal Layar Monaco turut ditandatangani bagi mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua kelab berkenaan.
Pemeteraian MoU berkenaan disaksikan oleh Putera Albert, yang juga Presiden Kelab Kapal Layar Monaco dan Tengku Amir Shah.
Matlamat utama kerjasama ini adalah untuk menggalakkan pembangunan sektor kapal layar di Malaysia, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Putera Albert tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan empat hari ke negara ini.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 27 2023
Tengku Zafrul berucap pada Forum Ekonomi Monaco 2023 di sebuah hotel di ib negara pada Isnin - Foto/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia alukan penyertaan pemain industri Monaco ke arah ekonomi mampan
Tengku Zafrul berkata sehingga Jun 2023, Malaysia telah menarik sejumlah 22,105 projek asing yang diluluskan dalam bidang pengilangan dari seluruh dunia.