KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia hari ini menyatakan komitmen masing-masing untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat.
Beliau berkata Australia adalah rakan rapat dan penting bagi Malaysia, malah pada 2021, dua negara berkenaan meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama strategik kepada CSP.
"Ini merupakan interaksi pertama kami berdua sejak saya memegang tampuk pentadbiran bulan lepas. Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun lepas dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion)," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran sama, rakaman video perbualan telefon antara Anwar dan Albanese berdurasi 2.50 minit turut dipaparkan.
Dalam perbualan itu, Anwar turut memaklumkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya adalah stabil malah sudah mendapat lebih dua pertiga sokongan di Dewan Rakyat dan mahu memfokuskan kepada memacu ekonomi negara.
Albanese turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, selain menyifatkan pelantikan beliau sebagai pemimpin utama kerajaan sebagai satu inspirasi menerusi sikap daya tahannya (resiliency) dalam kehidupan dan politik.
Pada 24 Nov lepas, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Malaysia dan Australia hari ini menyatakan komitmen masing-masing untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.