awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Australia tandatangani MoU Pengajian Tinggi

Bernama
Bernama
17/11/2012
08:07 MYT
Malaysia, Australia tandatangani MoU Pengajian Tinggi
Sektor pengajian tinggi Malaysia dan Australia akan menyaksikan hubungan lebih erat dan meluas berikutan satu memorandum persefahaman (MoU) berkaitan pendidikan tinggi yang ditandatangani di Perth.
MoU itu ditandatangani Menteri Pengajian Tinggi Australia Senator Chris Evans dan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohd Khaled Nordin di Curtin University pada Rabu.
Evans berkata Malaysia sememangnya merupakan rakan penting bagi Australia jika dilihat daripada jumlah penuntutnya yang begitu ramai melanjutkan pengajian di Australia, sejarah kerjasama dalam bidang pendidikan yang terjalin antara kedua-dua negara dan kedudukan Malaysia dalam Asean.
"MoU ini mencerminkan komitmen bersama Australia dan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dan dialog berkaitan isu pengajian tinggi.
"Australia dan Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang panjang dalam bidang pendidikan. MoU berkenaan memperaku secara rasmi aturan berkaitan mesyuarat kumpulan kerja tahunan dan kerjasama seterusnya yang telah disusun.
"Melalui usaha berterusan ke arah memperkukuh hubungan kami dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan latihan, kami akan pastikan kedua-dua negara berada di landasan kukuh untuk menikmati kemakmuran pada Abad Asia," kata Evans dalam kenyataannya.
Beliau berkata MoU itu menyokong usaha kerajaan untuk memastikan golongan belia Australia dapat memanfaatkan pembabitan Australia yang semakin mendalam di Asia.
"Sejak sekian lama, penuntut Malaysia menikmati peluang pendidikan yang terdapat di Australia dan di kampus universiti Australia di Malaysia, tetapi mobiliti penuntut perlu melibatkan dua hala.
"Generasi pemimpin Australia akan datang perlu lebih tahu tentang Asia dan pengetahuan mengenainya boleh didapati secara paling berkesan dengan mengalami sendiri perkara berkaitan Asia.
"Sebab itulah kami bercadang menambah lagi jumlah rakyat Australia yang melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan, termasuk latihan amali, sebagai sebahagian daripada kursus peringkat ijazah mereka dan kursus lain, di negara Asia menjelang 2025," kata Evans.
Beliau berkata melalui program AsiaBound dan perubahan yang dilakukan terhadap OS-HELP, Australia akan membantu beribu-ribu warganya merasai pengalaman menjalani kehidupan dan menuntut ilmu di Asia.
"Abad Asia menawarkan banyak peluang untuk pelajar kami dan kerajaan Gillard berazam untuk memastikan lebih ramai rakyat Australia berpeluang mendapat manfaat daripadanya," kata Evans.
Topic Berkaitan
#Australia
#Malaysia
#MoU
#Muhyiddin
#pengajian tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan