MALAYSIA
Malaysia–Belanda perkukuh kerjasama ekonomi strategik - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul optimis, usaha itu mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia dan Belanda dalam pelbagai bidang strategik. - Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Belanda bersepakat memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi termasuk industri semikonduktor.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Belanda sepakat perkukuh hubungan ekonomi, khususnya dalam sektor teknologi tinggi termasuk industri semikonduktor.
- Belanda telah laksanakan lebih 300 projek perkilangan di Malaysia bernilai AS$25 bilion, mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan.
- Kerjasama akan diperluas kepada R&D dan teknologi masa depan, bagi meningkatkan daya saing industri dan membuka peluang strategik kepada kedua-dua negara.
“Peluang itu khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik serta produk petroleum yang menjadi antara industri strategik negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Belanda, Vincent Karremans, di Putrajaya.
Zafrul menjelaskan, kedua-dua negara turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam industri semikonduktor, memandangkan Malaysia dan Belanda mempunyai kepakaran yang kukuh dalam bidang tersebut.
“Selain itu, kami juga bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk melabur dalam teknologi masa depan yang akan memacu daya saing industri,” jelasnya.
Beliau optimis, usaha itu mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia dan Belanda dalam pelbagai bidang strategik.
“Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memberi manfaat jangka panjang bukan sahaja kepada dunia perniagaan, malah kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami