awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar

Bernama
Bernama
21/01/2025
22:15 MYT
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Anwar bercakap pada sesi 'Country Strategy Dialogue' sempena Sidang Kemuncak WEF 2025, di Davos, Switzerland, 21 Jan 2025. Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan). --fotoBERNAMA
DAVOS (Switzerland): Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum ada "keperluan mendesak" untuk menerima guna tenaga nuklear kerana masih melihat banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa ASEAN (APG).
Bagaimanapun, beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
"Namun begitu, hanya untuk memastikan, kerana penggunaan (tenaga) pusat data adalah besar dan dalam setiap mesyuarat... ada yang mencadangkan mereka mahu memasang reaktor modular kecil (SMR) dan saya tidak mahu mengecewakan mereka kerana itu merupakan sebahagian daripada keperluan kecerdasan buatan (AI) keseluruhan, yang bermaksud bahawa pilihan nuklear itu ada.
"Saya tahu Thailand, Malaysia dan Indonesia telahpun memulakan usaha ini dan saya berusaha untuk memastikan kami bekerjasama untuk menunjukkan bahawa kami mempunyai belanjawan yang lebih baik," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian pada taklimat media di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini pada Selasa ketika ditanya sama ada Malaysia sedang menimbang untuk mempromosikan tenaga nuklear terutamanya SMR.
Anwar kini sedang dalam lawatan kerja selama tiga hari menghadiri WEF 2025, yang merupakan penyertaan sulung beliau sejak menjadi perdana menteri pada 2022.
SMR, yang mampu menjana kira-kira 300 megawatt elektrik, boleh disepadukan ke dalam infrastruktur bangunan sedia ada atau disambungkan ke grid nasional dengan kos yang lebih kecil dan dikatakan berpotensi menjadi tenaga alternatif untuk pusat data yang memerlukan kuasa berskala besar.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#pusat data
#Anwar Ibrahim
#WEF 2025
#Davos
#guna tenaga nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan