KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-39 dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) dalam laporan yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU) bagi tahun 2021 daripada 113 negara seluruh dunia.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kedudukan Malaysia dalam kalangan negara Asia Pasifik adalah lapan terbaik manakala kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura.
"Namun begitu pengukuhan sekuriti makanan negara merupakan proses yang berterusan dan kita mestilah terus berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita dalam GFSI ini seiring dengan hasrat Kerajaan untuk terus memperkasa sektor agromakanan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun 2022 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Beliau berkata justeru, Pelan Tindakan Dasar Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 yang bakal dilancar dalam masa terdekat adalah strategi yang akan mendokong pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).
Katanya fasa permulaan pelaksanaan DAN 2.0, dasar menyeluruh bagi memastikan sekuriti makanan negara berdaya saing serta mampan berlandaskan dasar-dasar utama kerajaan termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030, adalah antara pencapaian utama MAFI tahun lepas.
"Bagaimanapun, sebarang perancangan dasar tidak akan berjaya tanpa pelaksanaan yang efektif dan berkesan supaya memberi impak lebih besar dalam kesejahteraan Keluarga Malaysia. DAN 2.0 bukan hanya satu dokumen dasar semata-mata malah ia mesti dijadikan panduan dan rujukan dalam segala usaha serta inisiatif yang diambil oleh MAFI.
"Dalam hal ini, saya yakin MAFI akan melaksanakan kesemua strategi dan inisiatif yang telah digariskan di bawah DAN 2.0 serta Pelan Tindakan DSMN mengikut tempoh pelaksanaan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.
Ronald berkata DAN 2.0 telah meletakkan pemodenan dan pertanian pintar sebagai pencetus perubahan dan teras dasar utama yang akan diberi tumpuan bagi menjayakan transformasi sektor agromakanan.
Katanya sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar dijangka meningkat kepada lima peratus menjelang 2030 iaitu tahun akhir pelaksanaan DAN 2.0 berbanding 2.3 peratus pada 2020.
Beliau turut memaklumkan Lembaga Ruminan Negara bakal ditubuh dan beroperasi secara berfasa bermula tahun ini untuk merancakkan pertumbuhan industri ruminan khususnya dalam memantapkan pengeluaran daging serta tenusu negara.
Ronald berkata MAFI telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara 2021-2025 dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025 bagi membangunkan industri ruminan negara.
"Melalui pelan-pelan ini, sasaran pengeluaran daging dan susu segar tempatan akan dapat ditingkatkan untuk mencapai sasaran 50 peratus sasaran tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran daging dan 100 peratus SSL untuk susu segar menjelang tahun 2025," katanya.
Beliau juga berkata Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2021 yang sepatutnya diadakan dari 21 hingga 23 Dis 2021 terpaksa ditangguhkan berikutan bencana banjir dan tarikh baharu akan disesuaikan semula mengambil kira pelaksanaan MAHA 2022.
Katanya beliau berharap kedua-dua program dapat dilaksanakan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Ronald berkata kedudukan Malaysia dalam kalangan negara Asia Pasifik adalah lapan terbaik manakala kedua terbaik di Asia Tenggara. - Astro AWANI / Shahir Omar

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Smart SBB tingkat pengeluaran padi negara, kurang kebergantungan orang tengah
Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) akan meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara dan pada masa sama mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

MAFI permudah permohonan pembayaran subsidi kepada penternak ayam - Ronald
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan pihaknya telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.

Pindaan Akta FAMA pada sesi Parlimen Julai - Ronald Kiandee
Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.

MAFI tambah baik dasar agromakanan, pastikan kemampanan bekalan makanan negara
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menambah baik dasar agromakanan sedia ada bagi memastikan kemampanan bekalan makanan negara.

Peralihan ke endemik: Kerajaan hargai pengorbanan rakyat - Ronald
Kerajaan turut berterima kasih kepada rakyat kerana menjayakan pelbagai program kerajaan seperti program vaksinasi.

Kerajaan pastikan rakyat tidak terkesan kenaikan kos pengeluaran makanan - Ronald
Kenaikan kos itu antara lain disebabkan penutupan sempadan semasa pandemik COVID-19 dan konflik yang berlaku di luar negara namun bekalan makanan negara pada masa ini masih stabil.

Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.

Krisis Rusia-Ukraine: Kerajaan ambil langkah intervensi kawal harga barangan makanan - Ronald
Antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan makanan seperti ayam dan telur.

MAFI jalankan pemutihan, 126 nelayan terima lesen kelas A di Endau
Seramai hampir 3,000 nelayan telah diberikan lesen tersebut di seluruh negara selepas proses pemutihan.