awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia berdaya diangkat sebagai hab ekonomi halal - Fadillah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/11/2023
06:20 MYT
Malaysia berdaya diangkat sebagai hab ekonomi halal - Fadillah
Fadillah Yusof berkata, Malaysia perlu memperkasakan lagi aspek utama dalam pembangunan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan, latihan, integrasi teknologi serta kerjasama global. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Malaysia berdaya diangkat sebagai hab ekonomi halal berdaya maju memandangkan industri itu berpotensi tinggi dengan nilai ekonomi global mencecah AS$5 trilion (RM23.26 trilion) menjelang 2030.
Justeru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia perlu memperkasakan lagi aspek utama dalam pembangunan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan, latihan, integrasi teknologi serta kerjasama global.
Beliau memberitahu, ekonomi halal mengalami trend menaik berikutan permintaan terhadap produk halal daripada negara bukan Islam seperti Thailand, Australia dan Brazil.
"Kita tidak boleh lupa bahawa halal bukan sekadar pensijilan semata-mata, tetapi mewakili peluang perniagaan yang besar.
"Walaupun proses pensijilan mungkin tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara, aspek perniagaan halal yang lebih luas menjana kekayaan, memupuk kesejahteraan masyarakat dan meningkatkan pulangan ekonomi dalam perspektif yang luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Islam dan Ekonomi Halal Antarabangsa (ICIHES) 2023 serta Persidangan Undang-Undang Islam, Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa (SPEKI) 2023 di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Fadillah mengingatkan pemegang-pemegang taruh dalam industeri berkenaan supaya tidak melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dengan melakukan transaksi tidak beretika bagi memastikan ekosistem sektor terbabit berkembang secara komprehensif.
Ini kerana kata beliau, industri halal telah menetapkan penanda aras ke arah menegakkan integriti dan nilai halal mengikut undang-undang Islam.
"Dalam menjaga ekonomi halal secara menyeluruh, pemegang taruh perlu menjauhi transaksi yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang seperti tidak jujur, memanipulasi harga dan menyorok bekalan.
"Sebaliknya pemegang taruh perlu mematuhi prinsip serta etika yang baik bagi mewujudkan ekosistem industri halal yang lebih kondusif," katanya.
Topic Berkaitan
#Ekonomi Halal
#persidangan undang-undang islam
#ekosistem halal
#penyelidikan dan pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan