BEIJING: Malaysia berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasama dua hala dengan China dalam bidang ekonomi digital bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta mengurangkan kos sara hidup.
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di China S. Sanmugam berkata Malaysia dan negara ASEAN lain boleh belajar banyak daripada republik itu, khususnya dalam bidang (ekonomi digital), kerana ia mempunyai lebih banyak sumber untuk penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ekonomi digital.
"Perdagangan antara Malaysia dan China mencecah lebih US$200 bilion tahun lepas dan semasa lawatan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ke China pada April tahun ini, kami telah menarik ramai pelabur China untuk melabur di Malaysia; dan semasa lawatan itu, beliau (Anwar) telah menjana sebanyak RM170 bilion potensi pelaburan ke Malaysia.
"Jadi ini adalah satu daripada kejayaan yang dicapai Perdana Menteri semasa lawatannya ke sini. Setelah lawatan itu, kami mempunyai ramai menteri yang telah datang, (dan) tindak balas terhadap itu dalam banyak bidang seperti pelancongan dan pertanian," katanya pada Sambutan Hari ASEAN 2023 yang diadakan di Kedutaan Malaysia di sini.
Sanmugam berkata kedua-dua negara ASEAN dan China juga boleh memperhebat dasar interaksi antara rakyat untuk mengukuhkan hubungan silang budaya antara wilayah sejak China membuka semula sepenuhnya sempadan negara itu kepada warga asing Mac lalu.
"Mengenai pertukaran pelajar semasa pandemik COVID-19 dua setengah tahun lepas, kita tidak melakukan banyak pertukaran antara negara ASEAN dan China, tetapi kini ramai pelajar Malaysia kita pulang ke China untuk menyambung pelajaran.
"Pelajar juga mengadakan persembahan Silat hari ini sempena sambutan Hari ASEAN, yang mempamerkan kekayaan budaya dan perpaduan ASEAN," katanya.
Beliau juga optimis hubungan baik dan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN dapat melangkah lebih jauh untuk 50 tahun akan datang dalam banyak bidang walaupun terdapat beberapa konflik dan pertikaian - seperti dalam isu Laut China Selatan.
"Saya percaya (bahawa) dialog, perbincangan dan kerjasama dengan negara-negara jiran sentiasa boleh menyelesaikan masalah... kita mempunyai banyak elemen positif perbincangan, dialog, kerjasama, perkongsian, ini adalah perkara-perkara yang perlu kita jangkakan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Sambutan Hari ASEAN 2023 diadakan di Kedutaan Malaysia di Beijing, China. - Foto BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Malaysia berminat jalin lebih banyak kerjasama digital dengan China
Sanmugam berkata, Malaysia dan negara ASEAN lain boleh belajar banyak daripada China, khususnya dalam bidang ekonomi digital.