Malaysia berpeluang untuk menerajui agenda hijau di rantau ini daripada hanya menjadi peserta, memandangkan ekonomi hijau global semakin memperoleh momentum, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) 2018, anjuran kementerian itu melalui Perbadanan Teknolohi Hijau Malaysia, dijangka berperanan penting dalam mengumpul penyelesaian lestari yang praktikal, terbukti serta berkesan dari segi kos.
"Tema tahun ini menumpukan usaha melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG).
"Oleh itu saya menggesa semua rakyat Malaysia menyokong acara antarabangsa ini, meneroka perniagaan, pasaran baharu serta menjadi sebahagian untuk mengembangkan ekonomi hijau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
IGEM 2018, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini mulai 17 hingga 20 Okt ini dengan menampilkan 250 pempamer.
IGEM 2018 juga akan mengetengahkan beberapa persidangan menampilkan lebih 40 penceramah daripada organisasi seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Kesatuan Eropah, Capital Markets Malaysia, Kedutaan Korea Selatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Tinggi Britain, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia.
Acara ini turut menjadi tuan rumah bagi Kongres Datuk Bandar - World Energy Cities Partnership anjuran DBKL, yang akan menyaksikan empat datuk bandar dan delegasi dari 11 anggota meneroka peluang mewujudkan teknologi alam sekitar untuk menjana kuasa bagi bandar hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
YEO: Saya menggesa semua rakyat Malaysia menyokong acara antarabangsa ini, meneroka perniagaan, pasaran baharu serta menjadi sebahagian untuk mengembangkan ekonomi hijau. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Peralihan kepada agenda hijau perlu berperingkat, elak hilang kerja - Tengku Zafrul
Peralihan kepada agenda hijau perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana perubahan secara pesat berpotensi membawa kesan limpahan negatif seperti kehilangan pekerjaan, kata Tengku Zafrul.
Datuk Bandar U20 bersidang bincang cabaran COVID-19, perubahan iklim
U20 menyokong usaha pemulihan hijau dan pemulihan daripada pandemik, selain menyelesaikan masalah-masalah lain.
Malaysia boleh terajui agenda hijau ASEAN - Yeo
Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) 2018 dijangka berperanan penting dalam mengumpul penyelesaian lestari yang praktikal, terbukti serta berkesan dari segi kos.