Selepas lebih tiga bulan Malaysia menutup pintu sempadan negara bagi menghalang kemasukan warga asing, larangan tersebut mula dilonggarkan secara berperingkat dalam pasca-COVID-19 yang kini memasuki fasa pemulihan.
Memasuki hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan mula membuka pintu masuk negara dengan membenarkan kemasukan kumpulan ekspatriat tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.
Kebenaran diberikan kepada ekspatriat yang dalam Kategori Ep1, Pas Lawatan Profesional dan Pas Residen Kepada Golongan Berbakat yang melibatkan pengurusan tertinggi.
Selain itu, dalam pertimbangan untuk memberi kelonggaran kepada warga Singapura dan Brunei yang ingin memasuki negara ini sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Langkah tersebut sebagai timbal balas kepada Singapura dan Brunei yang turut memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk masuk ke negara mereka, tanpa sebarang sekatan.
Walaupun kelonggaran diberikan namun setiap daripada mereka mestilah menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.
Langkah ini penting untuk memastikan tidak ada jangkitan COVID-19 import yang masuk ke negara ini bagi memastikan perjuangan membendung penularan wabak ini akan menemui kejayaan sepenuhnya.
Selain itu, hari ini juga adalah hari pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Chini, yang mencatat sejarah - kebiasaan baharu perjalanan pilihan raya di negara ini.
Antaranya yang diperkenalkan ialah penyokong parti tidak dibenarkan mengiringi calon dan hanya boleh berada 1.5 kilometer dari dewan itu bagi menjaga jarakan sosial.
Kelonggaran lain kepada calon dan parti ialah berkempen secara berceramah dengan kapasiti tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa dan tempat serta terhad di premis tertutup sahaja, selain hanya tiga orang dibenarkan berkempen dari rumah ke rumah dan digalakkan menggunakan platform dalam talian dan media sosial.
Semoga semua yang terbabit tidak kira calon, pengundi dan penyokong patuh kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tidak timbul kluster PRK DUN Chini pula kelak!
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Petugas kebersihan melakukan proses sanitasi ketika tinjauan persediaan bagi hari penamaan calon PRK DUN N. 23 Chini di Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan, 19 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Tiada isu warga Brunei beli diesel di Sarawak - Armizan
Rakyat negara itu boleh mengisi penuh bahan api itu ke dalam tangki kenderaan mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi melebihi radius 30 kilometer (km) dari sempadan Malaysia-Brunei.
PM Anwar lawat Brunei sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Brunei dari 25 hingga 26 Ogos bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ACL) ke-25 antara Malaysia dan Brunei.